Dah lama sebenarnya rancang nak pergi makan steamboat tapiiii asyik tak jadi je! Huhh sampai kan adik-adik aku dah merajuk tak nak pergi makan steamboat lagi dah haha.
Nak dijadikan cerita, tarikh puasa untuk tahun ni jatuh pada tarikh 18/06/2015 iaitu selepas pada tarikh birthday aku 17/06. So, kitorang decide nak jugak pergi makan steamboat sebelum puasa ni and malam 16hb tu lepas sembahyang maghrib semua siap-siap then kitorang pergi makan di....
D'GANU CAFE STEAMBOAT & SEAFOOD!!
Alhamdulillah, kali ni hasrat nak makan steamboat terkabul. Macam sebelum-sebelum ni ada je halangan dan rintangan yg membuatkan plan tak jadi! Haha biasalah manusia hanya merancang kan, sehebat mana pun perancangan kita, perancangan Allah itu lah yg paling hebat dan baik buat kita. Syukur =)
Jangan serius sangat cik adik. Hahaha
Gambar ihsan dari Abang Google.
Ni lah lebih kurang set yg kami ambik hari tu, best sangattttt bila seafood yg dah siap grill tu cicah dengan sos black pepper yg dorang providekan. Yummyy rasa nak lagi! Tapi tomyam dia hari tu agak masin, so tak habis pun maggi tu haha.
Maa ni orang suruh ready dia pergi bercakap pulakk hermmmm hahaha.
1,2,3 senyummmm! Haha Din tu sentiasa muka pelik -.-
Kat belakang tu pemandangan depan D'Ganu Cafe Steamboat & Seafood tu lahh. Cantikkk sangat malam-malam nampak pemandangan bandar Kuala Terengganu. Lampu lip lap lip lap tapi kalau tangkap gambar tak nampak sangat.
Last sekali, gambar dengan budak manja!!! Hihi
Okay kepada sesiapa yg nak try makan makanan seafood and steamboat ni bolehlah ajak family datang makan sini. Boleh tengok dekat fb diorang kat SINI. Contact number, address, reservations, waktu diorang bukak kedai and so on semua ada dekat situ. So, enjoy !





No comments:
Post a Comment