Sejak aku belajar degree ni, ramai lecturer yang pesan suruh jaga solat sunat dhuha, kalau boleh jangan sesekali pun tinggal. Time aku praktikal dekat Amanah Ikhtiar hari tu pun staf-staf semua rajin buat solat sunat dhuha dan dekat rumah pulak hari-hari aku tengok maa solat sunat dhuha. Walaupun lambat sikit atau ada kerja nak kena buat, tapi maa tetap akan curi masa spend time beribadah kepada Allah, sembahyang sunat dhuha :)
Dannnnnnn, dari situ aku pun berkobar-kobar lah nii tanam azam TAK NAK skip buat solat sunat dhuha hari-hari! Except untuk special days yang Allah bagi cuti tu lah kannn. Hermm tapi manusia sentiasa tak lari dari kesilapan, ada jugak hari-hari yang aku ter-skip buat :(
In shaa Allah, di bulan Ramadhan yang mulia ini berubahlah ke arah kebaikannn Norhasliza Hasan. Jangan malas! Huhu. Aku berazam mulai hari ini aku tak nak skip solat sunat dhuha. Doakan aku!
"Kamu mahu tahu apa yang paling menakutkan dalam bulan Ramadhan? Bila akhirnya kamu sedar hakikatnya kejahatan itu datangnya daripada kamu & bukannya syaitan"
Okay sentap sangat ayat atas ni!
Banyakkkkkk sangat sebenarnya keajaiban, manfaat dan hikmah mengerjakan solat sunat dhuha ni. Antaranya ialah:
credit to: albakriah.wordpress.com
1) Dijauhkan daripada kemiskinan. Semua ini bukan khayalan, kerana sudah ramai orang melakukannya dan mampu merasakan hikmah yang besar dalam kehidupannya.
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
2) Dapat menghapuskan dosa. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang masih berdiam diri di masjid atau tempat solatnya setelah solat Subuh kerana melakukan iktikaf, berzikir, dan melakukan dua rakaat solat Dhuha disertai tidak berkata sesuatu kecuali kebaikan, maka dosanya akan diampuni meskipun banyaknya melebihi buih di lautan.” (Riwayat Abu Daud)
3) Dapat menghindarkan diri daripada azab api neraka di hari Kiamat. Bagi orang yang menjadikan solat sunat Dhuha sebagai rutin hariannya, maka Allah akan membalasnya dengan balasan syurga.
Rasulullah SAW bersabda: “Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama bab Ad Dhuha (Pintu Dhuha), dan pada Hari Kiamat nanti, ada orang yang memanggil di mana orang yang sentiasa menunaikan solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.”
Justeru amat rugi orang yang dengan sengaja meninggalkan solat sunat Dhuha, padahal mereka sebenarnya mampu dan ada masa untuk melaksanakannya kerana mereka yang menunaikan solat sunat Dhuha akan mendapat balasan dan keuntungan amat besar. Berusaha semoga kita tetap melakukan ibadat sunat ini.
Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi iaitu 27 minit selepas terbit matahari dan tamat waktunya sebelum tergelincir matahari. Anggarannya dalam pukul 8.00 pagi hingga pukul 12.30 tengah hari. Bilangan rakaatnya paling kurang dua rakaat dan maksimumnya 12 rakaat. Niatnya:
Pada rakaat pertama boleh dibaca surah ad-Dhuha, manakala rakaat kedua boleh dibaca surah al-Ikhlas. Masa yang diambil untuk menunaikannya cuma tiga minit, sangat pendek masanya berbanding keberkatan yang Allah berikan kepada kita untuk sepanjang hari kehidupan.
Surah ad-Dhuha
Surah al-Ikhlas
Yang palinggg aku suka sekali doa solat sunat dhuha ni. Sampai ulang-ulang pun takpe sebab sangat menginsafkan.
Semoga dengan amalan solat sunat dhuha tiap-tiap hari ini menambahkan ketakwaan kita kepada Allah dan selalu mengingati Allah s.w.t. Amiinn :)

































