Friday, 26 June 2015

Kota Dosa, Diri Ini Juga Berdosa

Assalamualaikum



Kita manusia, hidup di muka bumi Allah ini wajib mencegah kemungkaran yang ada di depan mata. Ampunkan aku Ya Allah kerana hanya mampu membenci perkara ini hanya dalam hati, selemah-lemah iman. Bukan hanya di Kuala Lumpur yang harus dicegah, tapi di tempat-tempat lain juga.

Bantulah aku untuk menjadi muslimah yang terbaik. Sedikit demi sedikit, in shaa Allah aku pasti mengubah diri ini ke arah jalan yang lebih baik. 

Terima kasih Ya Allah kerana menjaga batas pergaulan aku dengan lelaki ajnabi. Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan ibu bapa yang tegas dalam bab-bab pergaulan dengan lelaki ajnabi. Terima kasih Ya Allah kerana menghadirkan rakan-rakan yang baik yg sentiasa menasihati dan mempengaruhi untuk menjadi muslimah yang lebih baik. 

Alhamdulillah aku bersyukur Ya Allah.

Tiada prinsip dating dalam diri ini, hanya boleh dating selepas nikah.

Alhamdulillah masih boleh menjaga tata tertib itu hingga hari ini, kalau jumpa pun hanyalah di rumah bersama keluarga atau keluar ditemani oleh ahli keluarga. Syukur Alhamdulillah masih menjaga diri ini Ya Allah.

Doakanlah semoga the journey of our 'halal' relationship dipermudahkan.






No comments:

Post a Comment