Monday, 22 June 2015

5 Makanan Kekalkan Tenaga di Bulan Puasa

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari keenam kita berpuasa. Ehemm semua puasa penuh takk? Haha kaum hawa takpe ye puasa tak penuh pun sebab dia ABC (Allah bagi cuti) Hehehehehe

Kat sini aku nak share sikit antara makanan-makanan yang akan mengekalkan tenaga kita pada bulan puasa ni. Credit to Rahsia Hawa sebab share ilmu ni. Sangat berguna!

1) OAT

Selain bagus untuk jantung dan mengurangkan kolesterol, oat juga memberi tenaga yang berpanjangan.

2) TEMBIKAI

Ni paling feverettt!! Tengok je dah terliur -____-   Arghhhh

Jus tembikai memang sangat menyegarkan dan menghilangkan dahaga! Vitamin C yang tinggi juga meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.

3) MADU

Air madu bersama perahan lemon dapat membantu menghilangkan dahaga dan membantu pencernaan dan detoksifikasi.

4) JUS SUSU KURMA

Boleh diminum setelah dikisarkan bersama susu segar

Aku tak pernah lagi try buat macam ni, biasa makan kurma macam tu je, in shaa Allah boleh try ni heee.

5) ROTI SERAT

Boleh dimakan bersama dengan hirisan pisang dan juga mentega kacang ataupun kegemaran ramai iaitu Nutella ! 

Hehe okay itulah sedikit perkongsian pada bulan mulia ini. Ingat semua, makan makanan yang sihat-sihat, jangan main redah je, yang paling penting, jangan membazir!! Tataaa





No comments:

Post a Comment