Kepada sesiapa yg nk kuruskan badan tu, jom kita amalkan mandi sebelum Subuh! Haha korang tahu tak elok sangat lahhh kalau kita mandi sebelum Subuh sekurang-kurangnya sebelum matahari naik. Kenapa eh? Sebabbb badan yang banyak lemak akan berkurang apabila air sejuk meresap ke dalam badan kita. Air sejuk ni akan menyempitkan saluran kapilari darah, membuatkan jantung mengepam lebih banyak darah dan oksigen ke seluruh tubuh dengan kadar yang cepat dan menyebabkan kontraksi otot. Kontraksi otot dapat membakar lemak yang terdapat dalam tubuh.
Lagi terbaik kalau rumah korang ada perigi, nahhh mandi air perigi terus. Best taw mandi air perigi, dulu kecik-kecik aku selalu mandi air perigi bila balik kampung. Siap berebut-rebut lagi dengan adik adik. Hahaha.
Okay, selain dari tu air sejuk juga akan menyebabkan kita menggigil disebabkan oleh tindakan refleks tubuh untuk mengekalkan suhu badan. Dengan menggigil lemak akan dibakar untuk menghasilkan tenaga dan haba. Dengan itu ia juga dapat mengurangi penimbunan lemak. Sebab tu lahh kalau kita tengok kebanyakan orang yang mandi awal pagi sebelum subuh badan tidak gemuk.
Ala comeynyeee hee.
Eh tak habis lagi, setiap pagi selepas bangun tidur, amalkan minum air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) satu gelas. Tak payah basuh muka dengan gosok gigi. Minum je terus dan minum jangan terus telan tapi kemam dulu air tu baru telan. Yang terbaik malam sebelum tidur anda simpan satu gelas dalam bilik kemudian tutup air tu takut lipas ke cicak masuk. In shaa Allah jauh dari penyakit dan susah sakit. Rasulullah s.a.w. pun mengamalkan minum air sejuk setiap pagi.
Then, masa sembahyang subuh disunatkan kita sujud bertafakur sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa. In shaa Allah boleh mengelakkan sakit pening atau migrain. Kajian para saintis telah membuktikan kenapa dalam sehari kita perlu sujud. Ianya terdapat ruang udara dalam saluran darah dikepala yang tidak dipenuhi darah, so dengan sujud dapat mengalirkan darah ke ruang berkenaan.
Rasulullah s.a.w. juga pernah menegah kita makan makanan bercampur dengan darat dan laut. Ianya takut cepat mendapat penyakit. Para saintis mengkaji bahawa ayam mengandungi ion positif manakala ikan ion negatif. Jika makan ayam bercampur dengan ikan akan terjadi tindak balas biokimia yang boleh merosakkan usus. Contohnya yg lain..
- Jangan makan SUSU bersama DAGING
- Jangan makan DAGING bersama IKAN
- Jangan makan IKAN bersama SUSU
- Jangan makan AYAM bersama SUSU
- Jangan makan IKAN bersama TELUR
- Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
- Jangan makan SUSU bersama CUKA
- Jangan makan BUAH bersama SUSU. Contonya KOKTEL. Hermm tapi aku suka koktel huhuu.
Selain tu, Rasulullah s.a.w juga mengajar kita makan dengan tangan dan jilat jari bila habis makan. Enzim banyak terkandung dicelah jari iaitu 10 kali ganda dari terdapat dalam air liur. Haa yg ni aku amalkan sejak dari kecik lagi. Bukan pengotor ye, sunnah ni!
Banyak lagi sebenarnya sunnah Rasulullah s.a.w. yg perlu kita amalkan. Dan pastinya semua tu membawa kebaikan kat diri kita. Cuma kita je kadang-kadang terlupa nak amalkan.
Credit to: petuakurusbadan =)



No comments:
Post a Comment