Haa meh meh nak share satu resepi biskut raya yang senanggg gila nak buat, tanpa guna oven pun! Heee jom cekiddautt
Warghhh best gilaaaa. Aku rasa dah tak sabar nak buat ni!!
Nama biskut raya ni: Chocolate Peanut Butter Bars
Jangan tak tahu aku ni peminat tegar chocolate!!! Kahkah
"You can never go wrong when pairing chocolate with peanut butter. Even if you don't like peanut butter you are going to love these Chocolate Peanut Butter Bars. The flavors combine so well, a bit of sweet, salty, chocolaty, nutty flavor, mmmm...totally amazing. It takes no more than 20 minutes to prepare and everybody will love it."
So, siapa-siapa yang takde oven or oven rosak ke kat rumah tuuu dah dah korang tak payah risauu! Korang boleh jee buat biskut raya tanpa guna oven pun ni haaaaa
Goodluck!
Jangan lupa bagi kite rasa sikit tauuu bila dah buat tu. Hahaha tataa ;)
Sejak aku belajar degree ni, ramai lecturer yang pesan suruh jaga solat sunat dhuha, kalau boleh jangan sesekali pun tinggal. Time aku praktikal dekat Amanah Ikhtiar hari tu pun staf-staf semua rajin buat solat sunat dhuha dan dekat rumah pulak hari-hari aku tengok maa solat sunat dhuha. Walaupun lambat sikit atau ada kerja nak kena buat, tapi maa tetap akan curi masa spend time beribadah kepada Allah, sembahyang sunat dhuha :)
Dannnnnnn, dari situ aku pun berkobar-kobar lah nii tanam azam TAK NAK skip buat solat sunat dhuha hari-hari! Except untuk special days yang Allah bagi cuti tu lah kannn. Hermm tapi manusia sentiasa tak lari dari kesilapan, ada jugak hari-hari yang aku ter-skip buat :(
In shaa Allah, di bulan Ramadhan yang mulia ini berubahlah ke arah kebaikannn Norhasliza Hasan. Jangan malas! Huhu. Aku berazam mulai hari ini aku tak nak skip solat sunat dhuha. Doakan aku!
"Kamu mahu tahu apa yang paling menakutkan dalam bulan Ramadhan? Bila akhirnya kamu sedar hakikatnya kejahatan itu datangnya daripada kamu & bukannya syaitan"
Okay sentap sangat ayat atas ni!
Banyakkkkkk sangat sebenarnya keajaiban, manfaat dan hikmah mengerjakan solat sunat dhuha ni. Antaranya ialah:
1) Dijauhkan daripada kemiskinan. Semua ini bukan khayalan, kerana sudah ramai orang melakukannya dan mampu merasakan hikmah yang besar dalam kehidupannya.
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
2) Dapat menghapuskan dosa. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang masih berdiam diri di masjid atau tempat solatnya setelah solat Subuh kerana melakukan iktikaf, berzikir, dan melakukan dua rakaat solat Dhuha disertai tidak berkata sesuatu kecuali kebaikan, maka dosanya akan diampuni meskipun banyaknya melebihi buih di lautan.” (Riwayat Abu Daud)
3) Dapat menghindarkan diri daripada azab api neraka di hari Kiamat. Bagi orang yang menjadikan solat sunat Dhuha sebagai rutin hariannya, maka Allah akan membalasnya dengan balasan syurga.
Rasulullah SAW bersabda: “Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama bab Ad Dhuha (Pintu Dhuha), dan pada Hari Kiamat nanti, ada orang yang memanggil di mana orang yang sentiasa menunaikan solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.”
Justeru amat rugi orang yang dengan sengaja meninggalkan solat sunat Dhuha, padahal mereka sebenarnya mampu dan ada masa untuk melaksanakannya kerana mereka yang menunaikan solat sunat Dhuha akan mendapat balasan dan keuntungan amat besar. Berusaha semoga kita tetap melakukan ibadat sunat ini.
Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi iaitu 27 minit selepas terbit matahari dan tamat waktunya sebelum tergelincir matahari. Anggarannya dalam pukul 8.00 pagi hingga pukul 12.30 tengah hari. Bilangan rakaatnya paling kurang dua rakaat dan maksimumnya 12 rakaat. Niatnya:
Pada rakaat pertama boleh dibaca surah ad-Dhuha, manakala rakaat kedua boleh dibaca surah al-Ikhlas. Masa yang diambil untuk menunaikannya cuma tiga minit, sangat pendek masanya berbanding keberkatan yang Allah berikan kepada kita untuk sepanjang hari kehidupan.
Surah ad-Dhuha
Surah al-Ikhlas
Yang palinggg aku suka sekali doa solat sunat dhuha ni. Sampai ulang-ulang pun takpe sebab sangat menginsafkan.
Semoga dengan amalan solat sunat dhuha tiap-tiap hari ini menambahkan ketakwaan kita kepada Allah dan selalu mengingati Allah s.w.t. Amiinn :)
Masya-Allah cute sangat budak ni! Kita yg dewasa ni pun masih tak sehebat budak ni baca Al-Quran. Cara sebutan, panjang pendek subhanaAllah semoga membesar jadi anak yg soleh dik.
Hee enjoyyy :D
Cute Boy Imitate His Teacher When Teaching Him Al Quran Surah Al Bayyinah
Kita manusia, hidup di muka bumi Allah ini wajib mencegah kemungkaran yang ada di depan mata. Ampunkan aku Ya Allah kerana hanya mampu membenci perkara ini hanya dalam hati, selemah-lemah iman. Bukan hanya di Kuala Lumpur yang harus dicegah, tapi di tempat-tempat lain juga.
Bantulah aku untuk menjadi muslimah yang terbaik. Sedikit demi sedikit, in shaa Allah aku pasti mengubah diri ini ke arah jalan yang lebih baik.
Terima kasih Ya Allah kerana menjaga batas pergaulan aku dengan lelaki ajnabi. Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan ibu bapa yang tegas dalam bab-bab pergaulan dengan lelaki ajnabi. Terima kasih Ya Allah kerana menghadirkan rakan-rakan yang baik yg sentiasa menasihati dan mempengaruhi untuk menjadi muslimah yang lebih baik.
Alhamdulillah aku bersyukur Ya Allah.
Tiada prinsip dating dalam diri ini, hanya boleh dating selepas nikah.
Alhamdulillah masih boleh menjaga tata tertib itu hingga hari ini, kalau jumpa pun hanyalah di rumah bersama keluarga atau keluar ditemani oleh ahli keluarga. Syukur Alhamdulillah masih menjaga diri ini Ya Allah.
Doakanlah semoga the journey of our 'halal' relationship dipermudahkan.
Hi diminta korang-korang semua tahan muntah lah ye baca entry ni sebab aku nak perasan! Ehem ehem hahahahahaa.
Ehh nape gambar Ayda Jebat tetiba plak ni. Haha jeng jeng jeng :P
Kisah dia macam ni...
Petang tadi masa tengah masak kat dapur, adik aku si Mijah tu tiba-tiba cakap...
"Muka Angoh ni macam Ayda Jebat plak bila buat muka gitu"
Erkk! Hahaha dah kembang sikitt pastu dia sambung lagi
" Tapi Ayda Jebat tak lawa"
Perghhh kurang asam jawa budak ni! Padahal dia dengki! Hahahaha maksud tersirat nak cakap aku tak lawa lah tu elehhhhh tapi aku tetap nak perasan aku muka artis bahaha.
Jangan muntah hijau nanti mak kau hijau.
Muntah warna warni takpe.
Tapi aku tak minat pun Ayda Jebat tu sebenarnya. Saje je nak perasan hahaha.
Dulu masa kecik-kecik pun abang aku cakap muka aku ni macam pelakon tapi dia tak ingat nama. Last-last masa tu keluar muka artis tu kat tv, Anne Ngasri! Haha adoiii comel sangat tu.
Suka tengok kalau Anne ni senyum. Comel!
Errr ni je tak comel.
Tak tahulahh macam mana mata dorang tengok. Jauh sangat sebenarnya dari muka artis dua orang tu.
TAPI, kalau nak buat modal perasan boleh lahhh hahahahahahahaha kbai!!
Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari keenam kita berpuasa. Ehemm semua puasa penuh takk? Haha kaum hawa takpe ye puasa tak penuh pun sebab dia ABC (Allah bagi cuti) Hehehehehe
Kat sini aku nak share sikit antara makanan-makanan yang akan mengekalkan tenaga kita pada bulan puasa ni. Credit to Rahsia Hawa sebab share ilmu ni. Sangat berguna!
1) OAT
Selain bagus untuk jantung dan mengurangkan kolesterol, oat juga memberi tenaga yang berpanjangan.
2) TEMBIKAI
Ni paling feverettt!! Tengok je dah terliur -____- Arghhhh
Jus tembikai memang sangat menyegarkan dan menghilangkan dahaga! Vitamin C yang tinggi juga meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.
3) MADU
Air madu bersama perahan lemon dapat membantu menghilangkan dahaga dan membantu pencernaan dan detoksifikasi.
4) JUS SUSU KURMA
Boleh diminum setelah dikisarkan bersama susu segar
Aku tak pernah lagi try buat macam ni, biasa makan kurma macam tu je, in shaa Allah boleh try ni heee.
5) ROTI SERAT
Boleh dimakan bersama dengan hirisan pisang dan juga mentega kacang ataupun kegemaran ramai iaitu Nutella !
Hehe okay itulah sedikit perkongsian pada bulan mulia ini. Ingat semua, makan makanan yang sihat-sihat, jangan main redah je, yang paling penting, jangan membazir!! Tataaa
Angkat tangan siapa yg paling dia suka bulan Jun??? Haha seppppp aku pun!! Mesti dah dapat agak kan sebab apa. Hiks sebab birthday aku bulan Jun!!
Aku lahir 17hb June 1992. Tua tu of course lah tak! Nak cakap muda pun tak sangattt, masih remaja. Hahaha (taknak ngaku tua). Di usia macam ni mestilah soalan paling favourite orang nak tanya ialah "bila nak kahwin?" kannnnnn
Hermmm bagi aku jodoh pertemuan ajal semua tu dah ditentukan oleh Allah S.W.T. Buat apa kita nak risau sebab apa kita tak kahwin lagi tapi orang lain sepupu sedara mara, kawan-kawan dah pakat kahwin and ada anak. Sabar. Masa kita belum sampai lagi. Mungkin kita masih belum bersedia lagi untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri/suami, menantu dan ibu kepada anak-anak yg bakal lahir nanti. Ataupun dari segi kewangan kita pun belum cukup. Bagi aku, kahwin bukan benda mudah, letakkan kepercayaan kita kepada Allah, in shaa Allah urusan kita akan dipermudahkan. Usaha. Sabar. Tawakkal. Kebahagiaan menjelma juaa cewahhh
Zasssssss! Bukan isu kahwin yg aku nak ceritakan sekarang ni, dah terbabas pulak. Sebenarnya duk scroll-scroll facebook tetiba ternampak personality traits untuk anak-anak yg lahir dari bulan 1 hingga 12. So aku nak kongsikan jugak kat sini dgn korang semua sebab aku memang suka baca benda-benda macam ni. Macam korang tak tahulahhh hahahaha layann jelahhhh
Ehemmm! Hahahahhahaha actress okayyyy
Okay, itu jelah untuk hari ini. Tata!
p/s : Sebelum terlupa, maaf kepada pemilik gambar-gambar ini, sy dah lupa ambik kat fb siapa hari tu so xtahu nak credit kan dekat siapa sebab ambik pun dari orang share jeee huhu. Thanks utk perkongsian and sorry!
Dah lama sebenarnya rancang nak pergi makan steamboat tapiiii asyik tak jadi je! Huhh sampai kan adik-adik aku dah merajuk tak nak pergi makan steamboat lagi dah haha.
Nak dijadikan cerita, tarikh puasa untuk tahun ni jatuh pada tarikh 18/06/2015 iaitu selepas pada tarikh birthday aku 17/06. So, kitorang decide nak jugak pergi makan steamboat sebelum puasa ni and malam 16hb tu lepas sembahyang maghrib semua siap-siap then kitorang pergi makan di....
D'GANU CAFE STEAMBOAT & SEAFOOD!!
Alhamdulillah, kali ni hasrat nak makan steamboat terkabul. Macam sebelum-sebelum ni ada je halangan dan rintangan yg membuatkan plan tak jadi! Haha biasalah manusia hanya merancang kan, sehebat mana pun perancangan kita, perancangan Allah itu lah yg paling hebat dan baik buat kita. Syukur =)
Jangan serius sangat cik adik. Hahaha
Gambar ihsan dari Abang Google.
Ni lah lebih kurang set yg kami ambik hari tu, best sangattttt bila seafood yg dah siap grill tu cicah dengan sos black pepper yg dorang providekan. Yummyy rasa nak lagi! Tapi tomyam dia hari tu agak masin, so tak habis pun maggi tu haha.
Maa ni orang suruh ready dia pergi bercakap pulakk hermmmm hahaha.
1,2,3 senyummmm! Haha Din tu sentiasa muka pelik -.-
Kat belakang tu pemandangan depan D'Ganu Cafe Steamboat & Seafood tu lahh. Cantikkk sangat malam-malam nampak pemandangan bandar Kuala Terengganu. Lampu lip lap lip lap tapi kalau tangkap gambar tak nampak sangat.
Last sekali, gambar dengan budak manja!!! Hihi
Okay kepada sesiapa yg nak try makan makanan seafood and steamboat ni bolehlah ajak family datang makan sini. Boleh tengok dekat fb diorang kat SINI. Contact number, address, reservations, waktu diorang bukak kedai and so on semua ada dekat situ. So, enjoy !
Drama ni dah lama sebenarnya, tahun 2013 lagi dah keluar tapi aku baru habis tengok. Haha. Best jugak sebenarnya cerita ni sebab dari satu episod ke episod yang seterusnya aku rasa macam taknak berhenti tengok, ada je scene-scene yang membuatkan aku rasa tak sabar-sabar nak tahu dan tengok sampai habis!
Ni lah pelakon-pelakon utama drama ni, dari kiri atas:
Hwang Jung Eum sebagai Kang Yoo Jung
Ji Sung sebagai Jo Min Hyuk
dan dari kiri bawah:
Bae Soo Bin sebagai Ahn Do Hoon Lee Da Hee sebagai Shin Se Yeon
Cerita Korea macam biasalah kebanyakan cerita yang hero tu mesti anak orang kaya dan yang heroin tu mesti anak yg tak berapa kaya. Sama lah macam cerita ni, Jo Min Hyuk tu anak Presiden dan Kang Yoo Jung tu anak orang biasa-biasa je.
Mulanya aku macam confuse sikit sebab ingatkan memang Jo Min Hyuk dengan Kang Yoo Jung ni bercinta, rupanya tak. Haha. Kang Yoo Jung ni bercinta dengan Ahn Do Hoon. Dan Jo Min Hyuk tu pulak dipaksa kahwin dengan Shin Se Yeon atas permintaan keluarga. Biasalah orang kaya kan, nak untungkan perniagaan, kahwin kan jelah anak-anak.
Langgar lari. Sebabkan kejadian ni lah yg membuatkan Kang Yoo Jung masuk penjara. Padahal bukan dia yg drive waktu tu tapi kekasih dia iaitu Ahn Do Hoon. Dia sanggup ambik risiko tu sebab terlalu sayangkan kekasih dia tu dan taknak jawatan peguam yang baru je disandang kekasih dia tu dilucutkan disebabkan kemalangan tu.
Malangnya, mangsa langgar lari tu pulak ialah perempuan yang amat dicintai oleh Jo Min Hyuk. Perempuan tu tengah mengandung pulak masa tu, sampai-sampai je kat hospital perempuan tu meninggal. Memang marah betul Jo Min Hyuk. Start dari situ lah dia berdendam dengan Kang Yoo Jung.
Memang kesian lah dengan Kang Yoo Jung ni, macam-macam penderitaan dia kena tempuh masa dalam penjara tu, pasal ayah dia lagi, kena cemuh dengan parents Ahn Do Hoon ni lagi padahal dia tak bersalah pun. Yang lagi kesian dia dapat tahu dia mengandung, terpaksa lah dia beranak dan jaga anak dia tu dalam penjara.
Lepas tu ada satu kejadian tu anak dia tiba-tiba je lebam satu badan dan kena rawat lepas tu disahkan meninggal, padahal sebelum tu anak dia sihat takde sakit apa-apa pun. Macam ada konspirasi gitu lah. Sedih masa ni dia tak dapat tengok anak dia pun. Masa ni aku dapat rasa yang anak dia tak mati pun dan memang betul, anak dia kena ambik di orang. Dengan sape tu tettt taknak cakap, kena tengok gak cerita ni! Hahaha
Lagu ni paling aku suka dalam cerita nii, sedihhh huhu
Eee nyampahnye lahh tengok muka Ahn Do Hoon tu!! Sanggup dia mengkhianati Kang Yoo Jung padahal Kang Yoo Jung lah yang paling banyak sekali tolong dia.
Ehemm disebabkan dendam tu lah lama-lama Jo Min Hyuk jadi jatuh cinta dekat Kang Yoo Jung dan bantu dia. Aww sweet. Makin dia siasat kes langgar lari tu makin dia tahu bahawa Kang Yoo Jung ni tak bersalah pun. Diorang pun bekerjasama nak jatuhkan Ahn Do Hoon.
Haha ni mesti ingat aku yg putus kann, betul tu, memang aku pun. Tapi cerita lama punya kahkah. Bila ingat-ingat balik rasa menyampah je, tapi sekarang dah tak rase ape dah.
Sebab dah ada seseorang yang lain buat kita jadi berbunga-bunga auwww hahahahahahaha.
Dulu beria sangat curang depan mata lagi kan, sekarang nyesal cari balik pulak, sorry to say lah ek, memang dah tak pandang dah. Jadi kawan boleh la, kawan yg tak rapat. Kbai.