Friday, 7 November 2014

Sentiasa perbaiki niat yang betul

Assalamualaikum

Tak semestinya seseorang itu kelihatan sangat baik luarannya, warak, sentiasa melakukan kebaikan adalah orang yang baik kerana hati, niat masing-masing hanya antara kita dan Allah yang mengetahui segalanya..seperti aku juga, tidaklah sempurna....


Di mata manusia mungkin kita nampak baik, tetapi itu tidak penting kerana kita mahu di pandangan Allah kita adalah seorang hambaNya yang taat dan patuh pada arahan serta meninggalkan segala laranganNya..

Sentiasalah memperbaharui niat dan tujuan kita supaya setiap sesuatu yang kita lakukan akan mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.





Mintalah ampun kepada Allah selalu kerana Allah itu Maha Penyayang, Maha Mengasihani dan Maha Pengampun. Aku juga seorang muslimah yang masih banyak perlu belajar untuk menjadi seorang Muslimah yang sejati..semoga setiap sesuatu yang kita lakukan diberkati Allah dan seiring dengan ajaran Rasulullah s.a.w. In shaa Allah..


No comments:

Post a Comment