Friday, 7 November 2014

Sentiasa perbaiki niat yang betul

Assalamualaikum

Tak semestinya seseorang itu kelihatan sangat baik luarannya, warak, sentiasa melakukan kebaikan adalah orang yang baik kerana hati, niat masing-masing hanya antara kita dan Allah yang mengetahui segalanya..seperti aku juga, tidaklah sempurna....


Di mata manusia mungkin kita nampak baik, tetapi itu tidak penting kerana kita mahu di pandangan Allah kita adalah seorang hambaNya yang taat dan patuh pada arahan serta meninggalkan segala laranganNya..

Sentiasalah memperbaharui niat dan tujuan kita supaya setiap sesuatu yang kita lakukan akan mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.





Mintalah ampun kepada Allah selalu kerana Allah itu Maha Penyayang, Maha Mengasihani dan Maha Pengampun. Aku juga seorang muslimah yang masih banyak perlu belajar untuk menjadi seorang Muslimah yang sejati..semoga setiap sesuatu yang kita lakukan diberkati Allah dan seiring dengan ajaran Rasulullah s.a.w. In shaa Allah..


Thursday, 6 November 2014

Tutorial Buat Chatbox (Cbox) dan letak dalam Blog

Assalamualaikum

Okay first sekali nak tunjuk ni contoh Chatbox yg aku buat haha:


Untuk pengetahuan semua, chatbox ni kira penting tau untuk memudahkan para bloggers yg lain berkunjung dan meninggalkan jejak kat blog korang. Hehe nak say hai tegur-tegur sembang semua bolehhh. Haa ape lagi, meh nak ajar buat!

1) Mula-mula sekali korang kena sign up dulu kat SINI

2) Dah bukak? Kat atas tu ada perkataan sign up kan. Okay tekan sign up!

3) Then, isi apa yang patut. Contohnya macam ni:


4) Dah isi semua, tekan Create my Cbox!

5) Lepas tu, masukkan password

6) Dah? Okay. Dekat bahagian Account Details, isikan sekali lagi password korang. Tekan Apply!

7) Macam mana nak cantikkan Cbox tu, korang tekan Look & Feel > Colours & Fonts. Haa pandai-pandai la korang adjust kat situ nak bagi cantik yee.


8) Then, tekan Publish! Nampak tak? Dekat sebelah Home tu hehe!

9) Tekan Copy to Clipboard. Then, copy lah kod tu.

Ehh tak habis lagi, nak cerita macam mana nak masukkan dalam blog pulak! HEHE

1) Log in > Blogger Dashboard > Layout > Add a Gadget > HTML/Javascript

     *kalau sesiapa yg tak tahu layout kat mana, tengok gambar bawah ni ye, takut ada yg tak paham sebab blog sekarang tak sama dengan yg dulu, dah upgradeee hehe

2) Then, paste la kod yg korang copy tadi tu kat ruangan content HTML/Javascript

3) SAVE, dah siap! Selamat mencuba!

Kalau tak faham boleh tanya yee hehe, sekarang dah boleh guna Chatbox dah yeay! :D