Thursday, 30 October 2014

Tutorial nak letak Daisypath dalam Blog

Assalamualaikum

Apa itu daisypath? Haa ni dia contohnya macam gambar kat bawah ni..


Mungkin dah ramai sangat yg dah tahu. Haha sebab senanggg sangat je cara dia.

1. Mula-mula sekali tekan link ni daisypath

2. Dah bukak? Okay dia akan keluar macam ni. Korang klik je yg mana korang nak.


3. Macam aku buat, aku klik Anniversary & Friendship lepas tu aku pilih Friendship

4. Lepas tu, pilih la mana-mana yg korang lebih selesa, kalau nak letak kat sidebar ambik yg mini tu


5. Then, pilih scene and slider yg korang suka! Lepas dah pilih, tekan NEXT

6. Akan keluar macam kat bawah ni, korang isi dekat bahagian kotak merah tu

7. Lepas dah isi semua, tekan NEXT lagi!

8. Akan keluar macam kat bawah ni kan?


9. Copy code yg dalam kotak merah kat atas nih ^_^

Cara nak letak dalam blog tu biasalah:

1. Log in blogger > Dashboard > Layout > Add a Gadget > HTML/Javascript

2. Paste code tadi kat ruangan content tu

3. Then, PREVIEW tengok jadi takk? Kalau jadi boleh SAVE! Selamat mencuba! :)










Wednesday, 29 October 2014

Cinta dan Perkahwinan

Assalamualaikum


-gambar ihsan pakcik google hikhik-

Satu hari, Plato bertanya pada gurunya, "Apa itu cinta? Bagaimana saya boleh menemukannya?

Gurunya menjawab,"Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta" Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.

Gurunya bertanya, "Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?"

Plato menjawab, "Aku hanya boleh membawa satu saja, dan masa berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik). Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak ku ambil ranting tersebut.

Ketika ku melanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawasanya ranting-ranting yang ku temukan kemudian tak sebaik dan secantik ranting yang tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun pada akhirnya"

Gurunya kemudian menjawab "Jadi itulah yang dikatakan CINTA"

Pada hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya, "Apa itu perkawinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?"

Gurunya pun menjawab "Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkahwinan"

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-sederhana saja, tidak terlalu lurus batangnya. Gurunya bertanya, "Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?"

Plato pun menjawab, "Sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa tidaklah buruk sangat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya" Gurunya pun kemudian menjawab, "Dan itulah yang dikatakan PERKAHWINAN"


Moral :

Oleh itu carilah cinta dan dapatkan perkahwinan. Kerana kita tidak mungkin memperoleh sebenar seperti yang kita impikan. Hidup ini hanya kesempatan yang sedikit dan sementara. Tidak mungkin akan terpenuhi segala yang kita mahu. Terimalah seadanya apa yang Allah dah tentukan untuk kita..=)


credit to: ceritatauladan

Tuesday, 28 October 2014

Penatnyaaa :-(

Assalamualaikum

Hari ni rasa penattt sangat tak tahulah sebab apa. Lembik je rasa ni huhu. Lepas ni nak tidur dah goodnight world.. haha. Sebelum tu nak cerita pasal hari ni.

Hermm okay abaikan, gambar tiada kaitan dengan tajuk --''


Pagi-pagi lagi seperti biasa dimulakan dengan tazkirah dan info-info dari bos. Hari ni turn aku lagi yg kena bagi tazkirah, aku petik dari buku kat atas ni. Bos cakap dia suka sebab isteri dia pun nama Aishah. Hehehe. In shaa Allah semoga bermanfaat untuk semua dengan perkongsian ilmu tadi. 



Yesss hari ni ada meeting kat office. Meeting ni untuk tiga hari dari 28hb sampai 30hb Oktober. So macam biasa kena prepare bilik meeting dengan makanan for breakfast, lunch dan minum petang untuk tiga hari ni. Penat gak naik turun tangga angkut makanan. Terus jadi sasa. Erkkk -.- Haha.


Tolong bos buat slide presentation untuk pembentangan kes risiko untuk semua cawangan.


Uruskan borang pinjaman yang menimbun. Biasalah hujung-hujung bulan memang banyak sikit. Fighting!

Petang lepas balik kerja, pergi main bola dengan officemates. Haha aku dari tak reti langsung main dah boleh main sikit-sikit. Ni semua sebab bos bagi tunjuk ajar yg sangat baik dan mudah faham. Tapiiiii...terkilan aaaa sikit hari ni sebab aku langsung tak boleh nak servis tadi! Tak lepas net kotttt malu gila hahaha. Lepas tu langsung dah takde mood nak main. 


Haihh laa bola, bagi la aku kesempatan merasa nak servis lepas net. Tu je harapan. K tataaaa.







Saturday, 18 October 2014

Hari bermalas-malasan

Assalamualaikum

Adoyaii tajuk entry menunjukkan sangat buruk perangai kahkah. Tapi memang hari ni aku bermalas-malasan sahaja di rumah. Melingkor atas katil macam ulor kehkeh. Tipu je sebenarnya. Berani nak buat cenggitu? Pagi-pagi mestilahh bereskan kerja rumah dulu barulah takde bunyi-bunyian yang merdu (membebel) dari mulut mak aku hahaha.



Kononnya nak diet jaga makan la aku ni, tapiii......hari ni aku makan banyak. Dugaan betul kalau duk rumah ni, masakan maa memang tak boleh ditolak, semua sedapppp! Hancusss diet huaaa +__+

Adik-adik aku duk ulang banyak kali tak payah la diet, bukan gemokk pon, tapi aku rasa aku gemok. Huhu. Tapi tak salah kann nk jaga makan, masa ni lah kita nak jaga badan kita supaya sentiasa sihat pon, jangan main makannn je, barulah tubuh badan sihat gagah sampai ke tua. Ni tak, muda lagi dah dapat penyakit. Kalau boleh tak nak lah macam tu kan. Norhasliza berusahalah!!

Sekian sahaja untuk hari ni, nak sambung tengok Running Man! Haha

Entah berapa kali dah duk ulang tengok episod ni, sebab sukaa tengok Kim Soo Hyun. Dia comelss angatt. Tengok tu dia gelakk alahaii hahahahah :P

Yang ni lagi sorang, macam mana nak makan chip tu kalau dah baton tu duk ada dalam mulut kahkah

Malu pulak hikhik

Episod ni memang kelakar gila hahaha kesian Gwang Soo.

 HAHAHAHA boleh pulak jadi Iron Man dengan Batman ish ish tengah bad mood pon boleh ada mood balik kalau tengok dorang ni semua



Sekarang dah 200++ episod dahhh Running Man ni. Hihi. Ok tataaa!

Thursday, 16 October 2014

Tutorial Falling Love Pink Object

Assalamualaikum

For those yang nak jugak LOVE PINK comel jatuh dari atas sampai bawah yang macam aku buat ni, boleh la try buat jugak yee!



1. Mula-mula sekali bukak blog lepas tu tekan layout > Add a Gadget > HTML/Javascript

2. Copy and Paste code di bawah ni kat ruangan content HTML tu lepas tu save

<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=3 scrolldelay=48 height=631 style='position:absolute; left:85%; top:5px; width:15; height:631px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=2 scrolldelay=22 height=655 style='position:absolute; left:9%; top:171px; width:15; height:655px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=6 scrolldelay=49 height=659 style='position:absolute; left:80%; top:61px; width:15; height:659px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=5 scrolldelay=47 height=629 style='position:absolute; left:34%; top:61px; width:15; height:629px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=6 scrolldelay=13 height=584 style='position:absolute; left:12%; top:126px; width:15; height:584px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=6 scrolldelay=6 height=689 style='position:absolute; left:48%; top:171px; width:15; height:689px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=4 scrolldelay=19 height=666 style='position:absolute; left:23%; top:139px; width:15; height:666px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=4 scrolldelay=9 height=619 style='position:absolute; left:40%; top:90px; width:15; height:619px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=4 scrolldelay=16 height=592 style='position:absolute; left:52%; top:180px; width:15; height:592px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=6 scrolldelay=23 height=695 style='position:absolute; left:10%; top:1px; width:15; height:695px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=4 scrolldelay=50 height=532 style='position:absolute; left:66%; top:1px; width:15; height:532px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=6 scrolldelay=27 height=662 style='position:absolute; left:8%; top:7px; width:15; height:662px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=3 scrolldelay=42 height=649 style='position:absolute; left:33%; top:173px; width:15; height:649px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=3 scrolldelay=43 height=555 style='position:absolute; left:92%; top:197px; width:15; height:555px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=6 scrolldelay=35 height=568 style='position:absolute; left:87%; top:185px; width:15; height:568px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=4 scrolldelay=14 height=659 style='position:absolute; left:89%; top:46px; width:15; height:659px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=6 scrolldelay=6 height=685 style='position:absolute; left:29%; top:0px; width:15; height:685px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=2 scrolldelay=30 height=619 style='position:absolute; left:29%; top:108px; width:15; height:619px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=2 scrolldelay=45 height=530 style='position:absolute; left:38%; top:45px; width:15; height:530px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=5 scrolldelay=38 height=572 style='position:absolute; left:73%; top:129px; width:15; height:572px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>

3. Kalau nak suruh LOVE PINK ni falling dekat korang punya post, korang kena Add a Gadget di BAWAH header. Macam aku ni aku nk suruh love pink falling kat tepi, so just Add a Gadget kat sebelah tepi tu ye.

4. Dah siap, PREVIEW dulu tengok jadi ke takkk. Then, boleh SAVE :) Selamat mencuba!

Monday, 13 October 2014

Tutorial nak daftar dan letak iklan Nuffnang dalam blog

Assalamualaikum

Okay mesti ramai yg nak tahu macam mana nak letakkan iklan Nuffnang ni dalam blog. Tak acilaa orang lain dapat jana pendapatan sorang-sorang, iolls pun nak jugak kannn. Haha. Okay meh kita buat!

1) Fisrt sekali, kena la g dekat website NUFFNANG ni dulu untuk daftar.

2) Lepas tu, keluar macam ni..korang tekan Join Nuffnang



3) Keluar macam gambar kat bawah ni pulak kan? Okay lepas tu, korang isi la then tekan NEXT sampai habis



4) Lepas dah habis isi, last sekali dia akan keluar Publisher Terms and Conditions. Tick je semua dan tekan FINISH


5) Next, keluar Account Activation. Korang klik dekat click here

6) Then, korang bukak email korang daftar tu dan klik dekat link biru tu untuk aktifkan akaun Nuffnang koranggg! Hehe


7) Lepas tu, keluar macam kat bawah ni. Klik Sign in


8) Then, masukkan korang punya e-mail dan password, lepas tu tekan Login. Yeayyy! dah boleh masuk ke akaun Nuffnang korang dahh


9) Jadi macam kat bawah ni kan? Okay tekan Add a Blog


10) Masukkan korang punya blog url dengan blogname then tekan NEXT


11) Lepas tu, korang kena isi survey dan kalau korang beragama ISLAM, JANGAN sesekali korang tick yes untuk survey yang ni, korang kena tick NO macam kat bawah ni. Then, tekan NEXT


12) Lepas tu boleh pilih kotak coding iklan tu kat mana korang nak letak. Nak pilih tiga-tiga kotak tu pun boleh, tapi kena buat satu-satu laa hehe.

13) Klik button bulat kecik tu dan copy coding HTML kat bawah tu


Okay, dah! Sekarang CARA NAK MASUKKAN DALAM BLOG pulakk. Senang jee. 

1) Log in Blogger > Dashboard > Layout > Add a Gadget > HTML/Javascript. Then, paste kod tadi tu kat ruangan content HTML/ Javascipt macam kat bawah ni


2) Kemudian, tekan SAVE. Dahhh siapp! Hee =)



Ni contoh iklan Nuffnang kat sidebar, selamat mencuba! Senang kannn!

And sorryyy entry terlebih panjang pulak. Bukan ape, nak suruh kome faham jerrr, kalau tak faham boleh tanya yer, cubalah buat! In shaa Allah menjadi. Hehe. Tataa! :D




















Friday, 10 October 2014

Bila Tiba - Ungu

Assalamualaikum

" Manusia yang sebenar-benar buta adalah mereka yang hidup tanpa dapat melihat adanya kematian dihadapan mereka.."

Aku suka sangat dengan lagu ni. Ia mengingatkan kita yang kita semua tidak akan terlepas dari menghadapi mati..Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku. Ya Allah..jadikanlah aku hambaMu yang selalu bersyukur..aamiin..


Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Ooo

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati


Wednesday, 8 October 2014

Tutorial cara mudah nak install whatsapp di laptop

Assalamualaikum

Okeyy hari ni aku nak kongsi ngan koranggg semua macam mana nak main whatsapp guna laptop. Eh boleh ke? Semestinya bolehh! Hehee haa excited tak excited takk? Even korang takde smartphone ponnn korang boleh whatsapp dengan kawan-kawan lain taw. Lagi besar gedabak whatsapp korang dari kawan korang semua yg pakai smartphone teww bahaha

Okey ni caranya, jom install!

1) First sekali korang semua kenalah install Bluestack dekat sini http://www.bluestacks.com/. Then, tekan DOWNLOAD.


Ni lahh Bluestack tu. Bagi yang tertanya-tanya apa itu Bluestack ---> Bluestack ni adalah merupakan satu software yg membolehkan korang install application atau game android pada laptop masing-masing tanpa memerlukan smartphone.

So, kiranya selain dari whatsapp segala jenis games yg ada ponn korang boleh download lahh ye! Syokk ahhh pada sape-sape yg sukaa sangat main games tu :DD Hihi

Pendek kata, Bluestack berfungsi sebagai android OS dalam laptop korang. Nak tunggu habis download tu mungkin ambik masa yg lama sikit, bergantung kepada internet connection korangg

2) Okay lepas dah habis download, sila RUN file berkenaan dan akan keluar macam kat bawah ni. Korang tunggu jee, mungkin dia akan makan masa lama sikitt


3) Dah selesai semua, tiba masa untuk install whatsapp lah pulak. Akan keluar macam kat bawah ni,   korang tekan SEARCH dan taip lah whatsapp. Then tunggu apa lagi, install lah whatsapp tuu hihihi.
*kalau nak applications lain seperti wechat, twitter dan sebagainya korang search la sekali lagi

Yang kat bawah ni aku tunjuk aku punya, dah siap install whatsapp and wechat semua dahh.



4) Bila dah install Whatsapp, lepas tu set nombor phone korang. Then lepas korang dah set nombor phone, Whatsapp akan mintak VERIFICATION CODE melalui SMS atau pun melalui call dan bagitahu code tersebut. 

5) Masukkan verfication code tu and selesaii. Dah boleh guna whatsapp kat laptop yayy! Senang je kann. Cepat try, Selamat Mencuba! :D


Sunday, 5 October 2014

Hari Raya korban

Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah..tahun ni pun dapat sambut aidiladha dengan keluarga tercinta. Pada kawan-kawan yang kerja dan tak dapat nak balik raya harap banyak-banyak bersabar dan tabah ye!

Raya Aidiladha kami simple-simple jee xde baju raya ponn tapi tetapp meriah! Terasaaa je semangat Hari Raya Aidiladha tuu hehe. Maa masak rendang hari ni dan bagi aku rendang maa paling sedap pernah aku rasaa, of course mom's cook is the best right? :DD Hihii

Awal-awal pagi dah siap-siap balik kampung, senanggg kampung dekat ni nak balik tiap2 hari pun bolehhh haha. Tapi bagi aku kalau raya tak balik kampung rasa cam tak syiokk ahhh


Yayy dapat tengok orang sembelih lembuu. Hehe dulu masa kecik-kecik selalu ikut arwah Tok ki p sembelih lembuu. 


Lepas dah disembelih..

Sesi memotong dan menyiang daging korban. Maa bergabung dengan Mok. Hahaha.

Semangattt Ah dengan Abg Yoee. Siap guna pisau pink lagi :P haha.

Daging yang telah siap dipotong

Aku pun tolong2 jugak tu...tolong MENYIBUK hahahaha :P



Lepas dah lamaaa sangat tunggu orang menyiang daging, kami pun...

Pergi main dengan budak nii! Hehe buas kemainnn ini budak

Ambik gambar lagi...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dan lagi...
Haii nama sy Saeraa, sy pun nak sebokk2 jugak hihihi

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA semuaaa =)




Thursday, 2 October 2014

Kesan makan dan minum sambil berdiri

Assalamualaikum

Baru-baru ni aku ada baca satu buku ni yg ada cerita pasal adab makan dan minum. SubhanAllah such a good book to read, banyak cerita tentang perintah2 Rasulullah s.a.w. yg patut kita amalkan.

Okay, back to the topic..apa kesan makan dan minum sambil berdiri eh? Kita semua pun tahu tak elok makan dan minum sambil berdiri. Orang tengok pun macam tak senonoh kan. Tapi ramai je yg buat, mungkin culture kita dah terbiasa macam tu kot, kita pun buat tak kisah je makan dan minum sambil berdiri. Tak cukup dengan tu, siap bercakap2 lagi, nasib tak tersemburrr je kat muka kawan or sape2 kann. Haha. Kalau boleh sama2 la kita perbaiki diri utk jaga kita punya adab makan dan minum ye. Orang tengok pun sejuk je hati. Terus buat jadi menantu. Ehhh haha.

Arghhh sedapnyaaaaa! Terus teringat nasi ayam Pak Mud kat Merbok tuu. Tsk Tsk
(sebenarnya tengah lapar) +_+

Eh rasanya dah lari tajuk, okay okay forgive me. Ni antaranya beberapa fakta sebab apa kita cannot no no no tak boleh makan minum berdiri. Understenggg hihi

First sekali nak tahu tak sebenarnya air minum yg masuk dengan cara minum sambil duduk lebih baik kalau nak bandingkan dari minum sambil berdiri. Sebab apa? Sebabnya menurut kajian yg telah dilakukan oleh ahli akupuntur, air kosong yg kita minum semasa duduk akan disaring oleh sfringer. 

Sfringer ni ialah suatu struktur berotot yg dapat membuka (sehingga air kencing dapat lalu) dan menutup. Setiap air yg kita minum tu kemudian akan disalurkan pada beberapa bahagian saringan yg berada pada ginjal.

Sebaliknya pula kalau kita minum air kosong dengan cara berdiri..maka air yg kita minum tu akan masuk tanpa disaring lagi dan terus menuju ke pundi kencing. Then, ketika air terus ke pundi kencing, maka berlakulah pengendapan pada saluran ureter, dan ini boleh menyebabkan penyakit batu karang yg menjadi salah satu penyakit ginjal yg berbahaya. Jangan main2 tahuuu. Huhu.

Second, minum sambil berdiri ni tidak menyegarkan tubuh kita dengan optima pun dan air yg diserap akan segera turun ke organ tubuh bahagian bawah. Sehinggakan, air tersebut tidak dapat disebarkan pada seluruh organ tubuh yg lain kerana tidak sempat dipam oleh jantung. Padahal, seperti yg kita tahu, 80% lebih dari tubuh kita terdiri dari air.

Third, apabila kita makan sambil berdiri, maka akan berlaku refluks asid perut. Dengan kata lain, asid perut akan naik ke saluran esofagus dan sel kerongkong menjadi rengsa. Okay, rengsa pada kerongkong ni adalah disebabkan pH asid perut yg amat berasid (pH 1-2.5) dan kadang kala menunjukkan tanda dengan gejala panas terbakar yg menyakitkan pada dada (dipanggil sebagai "heartburn"). So, apabila kita membiasakan diri kita makan atau minum sambil berdiri dalam jangka masa yg panjang, rengsa pada sel kerongkong ini akan terkumpul dan menyebabkan kanser saluran esofagus. 

Huhu takut kan dengorr..jadi, baiklah kita sama2 mencegah..zaman sekarang ni dah la macam2 penyakit ada. Moga kita semua dijauhi dari semua penyakit yg berbahaya in shaa Allah.


Rasulullah s.a.w. bersabda, "Janganlah salah seorang di kalangan kamu semua minum sambil berdiri. Apabila terlupa, hendak dia muntahkan." (HR. Muslim)