Baru-baru ni aku ada baca satu buku ni yg ada cerita pasal adab makan dan minum. SubhanAllah such a good book to read, banyak cerita tentang perintah2 Rasulullah s.a.w. yg patut kita amalkan.
Okay, back to the topic..apa kesan makan dan minum sambil berdiri eh? Kita semua pun tahu tak elok makan dan minum sambil berdiri. Orang tengok pun macam tak senonoh kan. Tapi ramai je yg buat, mungkin culture kita dah terbiasa macam tu kot, kita pun buat tak kisah je makan dan minum sambil berdiri. Tak cukup dengan tu, siap bercakap2 lagi, nasib tak tersemburrr je kat muka kawan or sape2 kann. Haha. Kalau boleh sama2 la kita perbaiki diri utk jaga kita punya adab makan dan minum ye. Orang tengok pun sejuk je hati. Terus buat jadi menantu. Ehhh haha.
Arghhh sedapnyaaaaa! Terus teringat nasi ayam Pak Mud kat Merbok tuu. Tsk Tsk
(sebenarnya tengah lapar) +_+
Eh rasanya dah lari tajuk, okay okay forgive me. Ni antaranya beberapa fakta sebab apa kita cannot no no no tak boleh makan minum berdiri. Understenggg hihi
First sekali nak tahu tak sebenarnya air minum yg masuk dengan cara minum sambil duduk lebih baik kalau nak bandingkan dari minum sambil berdiri. Sebab apa? Sebabnya menurut kajian yg telah dilakukan oleh ahli akupuntur, air kosong yg kita minum semasa duduk akan disaring oleh sfringer.
Sfringer ni ialah suatu struktur berotot yg dapat membuka (sehingga air kencing dapat lalu) dan menutup. Setiap air yg kita minum tu kemudian akan disalurkan pada beberapa bahagian saringan yg berada pada ginjal.
Sebaliknya pula kalau kita minum air kosong dengan cara berdiri..maka air yg kita minum tu akan masuk tanpa disaring lagi dan terus menuju ke pundi kencing. Then, ketika air terus ke pundi kencing, maka berlakulah pengendapan pada saluran ureter, dan ini boleh menyebabkan penyakit batu karang yg menjadi salah satu penyakit ginjal yg berbahaya. Jangan main2 tahuuu. Huhu.
Second, minum sambil berdiri ni tidak menyegarkan tubuh kita dengan optima pun dan air yg diserap akan segera turun ke organ tubuh bahagian bawah. Sehinggakan, air tersebut tidak dapat disebarkan pada seluruh organ tubuh yg lain kerana tidak sempat dipam oleh jantung. Padahal, seperti yg kita tahu, 80% lebih dari tubuh kita terdiri dari air.
Third, apabila kita makan sambil berdiri, maka akan berlaku refluks asid perut. Dengan kata lain, asid perut akan naik ke saluran esofagus dan sel kerongkong menjadi rengsa. Okay, rengsa pada kerongkong ni adalah disebabkan pH asid perut yg amat berasid (pH 1-2.5) dan kadang kala menunjukkan tanda dengan gejala panas terbakar yg menyakitkan pada dada (dipanggil sebagai "heartburn"). So, apabila kita membiasakan diri kita makan atau minum sambil berdiri dalam jangka masa yg panjang, rengsa pada sel kerongkong ini akan terkumpul dan menyebabkan kanser saluran esofagus.
Huhu takut kan dengorr..jadi, baiklah kita sama2 mencegah..zaman sekarang ni dah la macam2 penyakit ada. Moga kita semua dijauhi dari semua penyakit yg berbahaya in shaa Allah.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Janganlah salah seorang di kalangan kamu semua minum sambil berdiri. Apabila terlupa, hendak dia muntahkan." (HR. Muslim)

.jpg)
No comments:
Post a Comment