Saturday, 13 December 2014

Yayy for me, VIVA is done!

Assalamualaikum

Fuhhh legaaa sangat yg teramat bila aku dah melangkah keluar je dari bilik C12 tu. Perasaan masa tu rasa syukur sangat-sangat sebab dah lepas dari VIVA. Haha rasa nk senyummm je memanjang lepas tu. Ahaks :P Okay layan gambar jelah ye, malas nk membebel, nk senyum je hari ni hahahahaha.

Ni sebahagian yg dah habis present. Bahagia je muka. Haha dengan ustazah Saliza sekali pun nk wefiee hikhik

Bergambar lagii. Tengok tu Kak Finaz kat sebelah bukan main happy ye! Haha

Ni pulak kawan-kawan yg sama advisor dengan aku, yang hujung sebelah kiri tu Ustaz Zul and Ustaz Haron, my advisors merangkap panel masa VIVA. Terima kasih semua byk sangat tolong, tak tahu dah nk cakap terima kasih mcm mana. Terharuu. Especially Fatin Fatihah, sanggup susah senang sama-sama. Iloveyou >_<

Yeayyy dpt jumpa classmate! Rinduuu lamenyee tak jumpa. Dorang mostly kena present kat bangunan TEC, So, kitorang yg dah habis present ni, turun lahh dari blok C ke TEC. Dah jumpa tu apa lagi, mestilah nak ambik gambar buat kenangan. Hehee.

Eh, sape pulak kat depan ni? Haa ni lah 2 orang kawan yg susah payah sama-sama aku selama seminggu duk Kedah. Banyakk sangat kenangan yg kami lalui, macam-macam yg jadi kat kami sepanjang nak hadapi VIVA. Haa tuuu akan diceritakan di next entry nanti ye! Haha tata!






Saturday, 6 December 2014

The differences :)

Assalamualaikum


HER SIDE OF THE STORY: 

I broke up with him today. I told him I wasn't happy. He didn't even ask me why. I thought he would ask me to stay. But he didn't. He just let me go..

And just like that, I lost the guy I waited for so long..


HIS SIDE OF THE STORY:

She broke up with me today. She said she wasn't happy. I was too hurt to ask why. I wanted to stop her from leaving. But if she's not happy with me, there's no way I can make her stay. So i just let her go..

And just like that, i lost the girl I was dreaming for so long..






Monday, 1 December 2014

Terlalu sibuk

Assalamualaikum

Haa nii bukan sibuk dengan tempat kerja ni, tapii sibuk dengan research paper. Korangg yang pernah or tengah ambik subject Research Method tahu la rasee dia mcm mana. Aku sem lepas buat benda ni masa nak hantar last report sampai tak tido malam dua harii kottt. Ehh tak2 pentipu sangat sampai tak tido langsung. Tido dua jam jee dalam masa dua hari tu. Weyyy 2 jam, mane cukupp!

Kucing pun ngantuk tauu

Okay back to the point, kitorang student UiTM ni masa tengah praktikal kena buat project paper. Sekarang time2 stressss lah nii sebab dateline nak kena hantar full report dah dekat sangat dah, 7hb December. Dah melepasi pun time2 kritikal buat SPSS, lucky me sebab dapat statistic advisor yg sangat baik. Tapi kan ada news yg lagi gerun, tarikh VIVA dah keluar! Arghhh it's on 13th December and i'm not well prepared yet :(

Waktu VIVA. Aku yg second, ya Allah permudahkanlah urusanku...

Doakan aku dapat present dengan sangat baik and full of confidence! Harap2 tak nampak nervous sangat and can answer all the questions given, hopefully, in shaa Allah..fighting!!




Friday, 7 November 2014

Sentiasa perbaiki niat yang betul

Assalamualaikum

Tak semestinya seseorang itu kelihatan sangat baik luarannya, warak, sentiasa melakukan kebaikan adalah orang yang baik kerana hati, niat masing-masing hanya antara kita dan Allah yang mengetahui segalanya..seperti aku juga, tidaklah sempurna....


Di mata manusia mungkin kita nampak baik, tetapi itu tidak penting kerana kita mahu di pandangan Allah kita adalah seorang hambaNya yang taat dan patuh pada arahan serta meninggalkan segala laranganNya..

Sentiasalah memperbaharui niat dan tujuan kita supaya setiap sesuatu yang kita lakukan akan mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.





Mintalah ampun kepada Allah selalu kerana Allah itu Maha Penyayang, Maha Mengasihani dan Maha Pengampun. Aku juga seorang muslimah yang masih banyak perlu belajar untuk menjadi seorang Muslimah yang sejati..semoga setiap sesuatu yang kita lakukan diberkati Allah dan seiring dengan ajaran Rasulullah s.a.w. In shaa Allah..


Thursday, 6 November 2014

Tutorial Buat Chatbox (Cbox) dan letak dalam Blog

Assalamualaikum

Okay first sekali nak tunjuk ni contoh Chatbox yg aku buat haha:


Untuk pengetahuan semua, chatbox ni kira penting tau untuk memudahkan para bloggers yg lain berkunjung dan meninggalkan jejak kat blog korang. Hehe nak say hai tegur-tegur sembang semua bolehhh. Haa ape lagi, meh nak ajar buat!

1) Mula-mula sekali korang kena sign up dulu kat SINI

2) Dah bukak? Kat atas tu ada perkataan sign up kan. Okay tekan sign up!

3) Then, isi apa yang patut. Contohnya macam ni:


4) Dah isi semua, tekan Create my Cbox!

5) Lepas tu, masukkan password

6) Dah? Okay. Dekat bahagian Account Details, isikan sekali lagi password korang. Tekan Apply!

7) Macam mana nak cantikkan Cbox tu, korang tekan Look & Feel > Colours & Fonts. Haa pandai-pandai la korang adjust kat situ nak bagi cantik yee.


8) Then, tekan Publish! Nampak tak? Dekat sebelah Home tu hehe!

9) Tekan Copy to Clipboard. Then, copy lah kod tu.

Ehh tak habis lagi, nak cerita macam mana nak masukkan dalam blog pulak! HEHE

1) Log in > Blogger Dashboard > Layout > Add a Gadget > HTML/Javascript

     *kalau sesiapa yg tak tahu layout kat mana, tengok gambar bawah ni ye, takut ada yg tak paham sebab blog sekarang tak sama dengan yg dulu, dah upgradeee hehe

2) Then, paste la kod yg korang copy tadi tu kat ruangan content HTML/Javascript

3) SAVE, dah siap! Selamat mencuba!

Kalau tak faham boleh tanya yee hehe, sekarang dah boleh guna Chatbox dah yeay! :D





Thursday, 30 October 2014

Tutorial nak letak Daisypath dalam Blog

Assalamualaikum

Apa itu daisypath? Haa ni dia contohnya macam gambar kat bawah ni..


Mungkin dah ramai sangat yg dah tahu. Haha sebab senanggg sangat je cara dia.

1. Mula-mula sekali tekan link ni daisypath

2. Dah bukak? Okay dia akan keluar macam ni. Korang klik je yg mana korang nak.


3. Macam aku buat, aku klik Anniversary & Friendship lepas tu aku pilih Friendship

4. Lepas tu, pilih la mana-mana yg korang lebih selesa, kalau nak letak kat sidebar ambik yg mini tu


5. Then, pilih scene and slider yg korang suka! Lepas dah pilih, tekan NEXT

6. Akan keluar macam kat bawah ni, korang isi dekat bahagian kotak merah tu

7. Lepas dah isi semua, tekan NEXT lagi!

8. Akan keluar macam kat bawah ni kan?


9. Copy code yg dalam kotak merah kat atas nih ^_^

Cara nak letak dalam blog tu biasalah:

1. Log in blogger > Dashboard > Layout > Add a Gadget > HTML/Javascript

2. Paste code tadi kat ruangan content tu

3. Then, PREVIEW tengok jadi takk? Kalau jadi boleh SAVE! Selamat mencuba! :)










Wednesday, 29 October 2014

Cinta dan Perkahwinan

Assalamualaikum


-gambar ihsan pakcik google hikhik-

Satu hari, Plato bertanya pada gurunya, "Apa itu cinta? Bagaimana saya boleh menemukannya?

Gurunya menjawab,"Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta" Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.

Gurunya bertanya, "Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?"

Plato menjawab, "Aku hanya boleh membawa satu saja, dan masa berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik). Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak ku ambil ranting tersebut.

Ketika ku melanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawasanya ranting-ranting yang ku temukan kemudian tak sebaik dan secantik ranting yang tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun pada akhirnya"

Gurunya kemudian menjawab "Jadi itulah yang dikatakan CINTA"

Pada hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya, "Apa itu perkawinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?"

Gurunya pun menjawab "Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkahwinan"

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-sederhana saja, tidak terlalu lurus batangnya. Gurunya bertanya, "Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?"

Plato pun menjawab, "Sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa tidaklah buruk sangat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya" Gurunya pun kemudian menjawab, "Dan itulah yang dikatakan PERKAHWINAN"


Moral :

Oleh itu carilah cinta dan dapatkan perkahwinan. Kerana kita tidak mungkin memperoleh sebenar seperti yang kita impikan. Hidup ini hanya kesempatan yang sedikit dan sementara. Tidak mungkin akan terpenuhi segala yang kita mahu. Terimalah seadanya apa yang Allah dah tentukan untuk kita..=)


credit to: ceritatauladan

Tuesday, 28 October 2014

Penatnyaaa :-(

Assalamualaikum

Hari ni rasa penattt sangat tak tahulah sebab apa. Lembik je rasa ni huhu. Lepas ni nak tidur dah goodnight world.. haha. Sebelum tu nak cerita pasal hari ni.

Hermm okay abaikan, gambar tiada kaitan dengan tajuk --''


Pagi-pagi lagi seperti biasa dimulakan dengan tazkirah dan info-info dari bos. Hari ni turn aku lagi yg kena bagi tazkirah, aku petik dari buku kat atas ni. Bos cakap dia suka sebab isteri dia pun nama Aishah. Hehehe. In shaa Allah semoga bermanfaat untuk semua dengan perkongsian ilmu tadi. 



Yesss hari ni ada meeting kat office. Meeting ni untuk tiga hari dari 28hb sampai 30hb Oktober. So macam biasa kena prepare bilik meeting dengan makanan for breakfast, lunch dan minum petang untuk tiga hari ni. Penat gak naik turun tangga angkut makanan. Terus jadi sasa. Erkkk -.- Haha.


Tolong bos buat slide presentation untuk pembentangan kes risiko untuk semua cawangan.


Uruskan borang pinjaman yang menimbun. Biasalah hujung-hujung bulan memang banyak sikit. Fighting!

Petang lepas balik kerja, pergi main bola dengan officemates. Haha aku dari tak reti langsung main dah boleh main sikit-sikit. Ni semua sebab bos bagi tunjuk ajar yg sangat baik dan mudah faham. Tapiiiii...terkilan aaaa sikit hari ni sebab aku langsung tak boleh nak servis tadi! Tak lepas net kotttt malu gila hahaha. Lepas tu langsung dah takde mood nak main. 


Haihh laa bola, bagi la aku kesempatan merasa nak servis lepas net. Tu je harapan. K tataaaa.







Saturday, 18 October 2014

Hari bermalas-malasan

Assalamualaikum

Adoyaii tajuk entry menunjukkan sangat buruk perangai kahkah. Tapi memang hari ni aku bermalas-malasan sahaja di rumah. Melingkor atas katil macam ulor kehkeh. Tipu je sebenarnya. Berani nak buat cenggitu? Pagi-pagi mestilahh bereskan kerja rumah dulu barulah takde bunyi-bunyian yang merdu (membebel) dari mulut mak aku hahaha.



Kononnya nak diet jaga makan la aku ni, tapiii......hari ni aku makan banyak. Dugaan betul kalau duk rumah ni, masakan maa memang tak boleh ditolak, semua sedapppp! Hancusss diet huaaa +__+

Adik-adik aku duk ulang banyak kali tak payah la diet, bukan gemokk pon, tapi aku rasa aku gemok. Huhu. Tapi tak salah kann nk jaga makan, masa ni lah kita nak jaga badan kita supaya sentiasa sihat pon, jangan main makannn je, barulah tubuh badan sihat gagah sampai ke tua. Ni tak, muda lagi dah dapat penyakit. Kalau boleh tak nak lah macam tu kan. Norhasliza berusahalah!!

Sekian sahaja untuk hari ni, nak sambung tengok Running Man! Haha

Entah berapa kali dah duk ulang tengok episod ni, sebab sukaa tengok Kim Soo Hyun. Dia comelss angatt. Tengok tu dia gelakk alahaii hahahahah :P

Yang ni lagi sorang, macam mana nak makan chip tu kalau dah baton tu duk ada dalam mulut kahkah

Malu pulak hikhik

Episod ni memang kelakar gila hahaha kesian Gwang Soo.

 HAHAHAHA boleh pulak jadi Iron Man dengan Batman ish ish tengah bad mood pon boleh ada mood balik kalau tengok dorang ni semua



Sekarang dah 200++ episod dahhh Running Man ni. Hihi. Ok tataaa!

Thursday, 16 October 2014

Tutorial Falling Love Pink Object

Assalamualaikum

For those yang nak jugak LOVE PINK comel jatuh dari atas sampai bawah yang macam aku buat ni, boleh la try buat jugak yee!



1. Mula-mula sekali bukak blog lepas tu tekan layout > Add a Gadget > HTML/Javascript

2. Copy and Paste code di bawah ni kat ruangan content HTML tu lepas tu save

<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=3 scrolldelay=48 height=631 style='position:absolute; left:85%; top:5px; width:15; height:631px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=2 scrolldelay=22 height=655 style='position:absolute; left:9%; top:171px; width:15; height:655px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=6 scrolldelay=49 height=659 style='position:absolute; left:80%; top:61px; width:15; height:659px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=5 scrolldelay=47 height=629 style='position:absolute; left:34%; top:61px; width:15; height:629px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=6 scrolldelay=13 height=584 style='position:absolute; left:12%; top:126px; width:15; height:584px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=6 scrolldelay=6 height=689 style='position:absolute; left:48%; top:171px; width:15; height:689px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=4 scrolldelay=19 height=666 style='position:absolute; left:23%; top:139px; width:15; height:666px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=4 scrolldelay=9 height=619 style='position:absolute; left:40%; top:90px; width:15; height:619px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=4 scrolldelay=16 height=592 style='position:absolute; left:52%; top:180px; width:15; height:592px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=6 scrolldelay=23 height=695 style='position:absolute; left:10%; top:1px; width:15; height:695px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=4 scrolldelay=50 height=532 style='position:absolute; left:66%; top:1px; width:15; height:532px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=6 scrolldelay=27 height=662 style='position:absolute; left:8%; top:7px; width:15; height:662px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=3 scrolldelay=42 height=649 style='position:absolute; left:33%; top:173px; width:15; height:649px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=3 scrolldelay=43 height=555 style='position:absolute; left:92%; top:197px; width:15; height:555px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=6 scrolldelay=35 height=568 style='position:absolute; left:87%; top:185px; width:15; height:568px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=4 scrolldelay=14 height=659 style='position:absolute; left:89%; top:46px; width:15; height:659px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=6 scrolldelay=6 height=685 style='position:absolute; left:29%; top:0px; width:15; height:685px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=2 scrolldelay=30 height=619 style='position:absolute; left:29%; top:108px; width:15; height:619px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=2 scrolldelay=45 height=530 style='position:absolute; left:38%; top:45px; width:15; height:530px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>
<marquee behavior=scroll direction=down scrollamount=5 scrolldelay=38 height=572 style='position:absolute; left:73%; top:129px; width:15; height:572px;'><img src=http://dl4.glitter-graphics.net/pub/111/111944aomhvemlia.gif border=0></marquee>

3. Kalau nak suruh LOVE PINK ni falling dekat korang punya post, korang kena Add a Gadget di BAWAH header. Macam aku ni aku nk suruh love pink falling kat tepi, so just Add a Gadget kat sebelah tepi tu ye.

4. Dah siap, PREVIEW dulu tengok jadi ke takkk. Then, boleh SAVE :) Selamat mencuba!

Monday, 13 October 2014

Tutorial nak daftar dan letak iklan Nuffnang dalam blog

Assalamualaikum

Okay mesti ramai yg nak tahu macam mana nak letakkan iklan Nuffnang ni dalam blog. Tak acilaa orang lain dapat jana pendapatan sorang-sorang, iolls pun nak jugak kannn. Haha. Okay meh kita buat!

1) Fisrt sekali, kena la g dekat website NUFFNANG ni dulu untuk daftar.

2) Lepas tu, keluar macam ni..korang tekan Join Nuffnang



3) Keluar macam gambar kat bawah ni pulak kan? Okay lepas tu, korang isi la then tekan NEXT sampai habis



4) Lepas dah habis isi, last sekali dia akan keluar Publisher Terms and Conditions. Tick je semua dan tekan FINISH


5) Next, keluar Account Activation. Korang klik dekat click here

6) Then, korang bukak email korang daftar tu dan klik dekat link biru tu untuk aktifkan akaun Nuffnang koranggg! Hehe


7) Lepas tu, keluar macam kat bawah ni. Klik Sign in


8) Then, masukkan korang punya e-mail dan password, lepas tu tekan Login. Yeayyy! dah boleh masuk ke akaun Nuffnang korang dahh


9) Jadi macam kat bawah ni kan? Okay tekan Add a Blog


10) Masukkan korang punya blog url dengan blogname then tekan NEXT


11) Lepas tu, korang kena isi survey dan kalau korang beragama ISLAM, JANGAN sesekali korang tick yes untuk survey yang ni, korang kena tick NO macam kat bawah ni. Then, tekan NEXT


12) Lepas tu boleh pilih kotak coding iklan tu kat mana korang nak letak. Nak pilih tiga-tiga kotak tu pun boleh, tapi kena buat satu-satu laa hehe.

13) Klik button bulat kecik tu dan copy coding HTML kat bawah tu


Okay, dah! Sekarang CARA NAK MASUKKAN DALAM BLOG pulakk. Senang jee. 

1) Log in Blogger > Dashboard > Layout > Add a Gadget > HTML/Javascript. Then, paste kod tadi tu kat ruangan content HTML/ Javascipt macam kat bawah ni


2) Kemudian, tekan SAVE. Dahhh siapp! Hee =)



Ni contoh iklan Nuffnang kat sidebar, selamat mencuba! Senang kannn!

And sorryyy entry terlebih panjang pulak. Bukan ape, nak suruh kome faham jerrr, kalau tak faham boleh tanya yer, cubalah buat! In shaa Allah menjadi. Hehe. Tataa! :D