Ramai lagi yg masih belum hafal maksud surah Al-Fatihah. Yg mana dah hafal tu Alhamdulillah, selama ni kita baca je kan tp tak tahu maksud, jadi sama-sama kita tingkatkan iman dan ilmu kita dengan menghafal maksudnya pula :)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Kadang-kadang kita selalu amik mudah benda yg tak patut diambil mudah. Hafal ayat-ayat Al-Quran dengan maksudnya sekali kalaulah kita semua amalkan nescaya bahagialah dari segi aspek ape sekali pun. Nasihat untuk diri aku sendiri juga, hambaMu Ya Allah yg selalu alpa :(