Assalamualaikum
Sebabkan baru je habis layan cerita ni, jadi nk tulis kat sini hehe. Bagi aku, cerita ni so-so lah, takdelah best sangat sangat sangat sebab ada lagi cerita lagi best dari ni pernah aku tengok haha. Sebenarnya aku tak berapa suka sangat Park Shin Hye berlakon, tapi dalam cerita ni, aku suka!!
Sebab jadi sukaaaaa......
Sebab tengok video ni lah dekat facebook ade orang share. Terussss decide nk tengok sampai habiss haha.
1) Kim Rae-Won as Hong Ji-Hong
2) Park Shin-Hye as Yoo Hye-Jung
3) Lee Sung-Kyung as Jin Seo-Woo
4) Yoon Gyun-Sang as Jung Yoon-Do
Yoo Hye-Jung ni dulu pelajar bermasalah kat sekolah, boleh katakan budak jahat laa. Dia ni pandai tapi disebabkan keadaan family yang huru-hara, dia pun kerap ponteng sekolah,mencuri,cari gaduh and etc. Bila ayah dia hantar dia duduk dengan nenek dia, dia pun jumpa lah dengan Hong Ji-Hong. Hong Ji-Hong ni pulak masa tu jadi cikgu. Cikgu kelas merangkap orang yang menyewa rumah nenek Yoo Hye-Jung.
Start dari duduk dengan nenek dia, Yoo Hye-Jung jadi motivated nak belajar balik. Nenek dia bagi semangat dan nasihat dan nak sangat Yoo Hye-Jung ni jadi doktor.
Dipendekkan cerita, Yoo Hye-Jung berjaya jadi doktor selepas beberapa tahun kematian neneknya dan bertugas di Gukil Medical Centre, sama tempat dengan Hong Ji-Hong, Jin Seo-Woo dan Jung Yoon Do. Yoo Hye-Jung rela tolak tawaran yang lagi baik untuk dia bertugas dan tetap memilih Gukil Medical Centre sebab nak cari doktor yang bertanggungjawab buat operation kat nenek dia 10 tahun yang lepas, kerana cuai semasa pembedahan, iaitu Presiden hospital tu sendiri.
Dah, malas nak cerita banyak2, tengoklah pulak sendiri hahaha.
Ehh, dorang pun buat 'snow' laa, cute! Hehe









