Saturday, 16 May 2015

Secret Love

Assalamualaikum

Drama ni dah lama sebenarnya, tahun 2013 lagi dah keluar tapi aku baru habis tengok. Haha. Best jugak sebenarnya cerita ni sebab dari satu episod ke episod yang seterusnya aku rasa macam taknak berhenti tengok, ada je scene-scene yang membuatkan aku rasa tak sabar-sabar nak tahu dan tengok sampai habis!


Ni lah pelakon-pelakon utama drama ni, dari kiri atas:
Hwang Jung Eum sebagai Kang Yoo Jung
 Ji Sung sebagai Jo Min Hyuk

dan dari kiri bawah:
Bae Soo Bin sebagai Ahn Do Hoon
Lee Da Hee
 sebagai Shin Se Yeon

Cerita Korea macam biasalah kebanyakan cerita yang hero tu mesti anak orang kaya dan yang heroin tu mesti anak yg tak berapa kaya. Sama lah macam cerita ni, Jo Min Hyuk tu anak Presiden dan Kang Yoo Jung tu anak orang biasa-biasa je. 

Mulanya aku macam confuse sikit sebab ingatkan memang Jo Min Hyuk dengan Kang Yoo Jung ni bercinta, rupanya tak. Haha. Kang Yoo Jung ni bercinta dengan Ahn Do Hoon. Dan Jo Min Hyuk tu pulak dipaksa kahwin dengan Shin Se Yeon atas permintaan keluarga. Biasalah orang kaya kan, nak untungkan perniagaan, kahwin kan jelah anak-anak.

Langgar lari. Sebabkan kejadian ni lah yg membuatkan Kang Yoo Jung masuk penjara. Padahal bukan dia yg drive waktu tu tapi kekasih dia iaitu Ahn Do Hoon. Dia sanggup ambik risiko tu sebab terlalu sayangkan kekasih dia tu dan taknak jawatan peguam yang baru je disandang kekasih dia tu dilucutkan disebabkan kemalangan tu. 

Malangnya, mangsa langgar lari tu pulak ialah perempuan yang amat dicintai oleh Jo Min Hyuk. Perempuan tu tengah mengandung pulak masa tu, sampai-sampai je kat hospital perempuan tu meninggal. Memang marah betul Jo Min Hyuk. Start dari situ lah dia berdendam dengan Kang Yoo Jung.

Memang kesian lah dengan Kang Yoo Jung ni, macam-macam penderitaan dia kena tempuh masa dalam penjara tu, pasal ayah dia lagi, kena cemuh dengan parents Ahn Do Hoon ni lagi padahal dia tak bersalah pun. Yang lagi kesian dia dapat tahu dia mengandung, terpaksa lah dia beranak dan jaga anak dia tu dalam penjara. 

Lepas tu ada satu kejadian tu anak dia tiba-tiba je lebam satu badan dan kena rawat lepas tu disahkan meninggal, padahal sebelum tu anak dia sihat takde sakit apa-apa pun. Macam ada konspirasi gitu lah. Sedih masa ni dia tak dapat tengok anak dia pun. Masa ni aku dapat rasa yang anak dia tak mati pun dan memang betul, anak dia kena ambik di orang. Dengan sape tu tettt taknak cakap, kena tengok gak cerita ni! Hahaha


Lagu ni paling aku suka dalam cerita nii, sedihhh huhu

Eee nyampahnye lahh tengok muka Ahn Do Hoon tu!! Sanggup dia mengkhianati Kang Yoo Jung padahal Kang Yoo Jung lah yang paling banyak sekali tolong dia.

Ehemm disebabkan dendam tu lah lama-lama Jo Min Hyuk jadi jatuh cinta dekat Kang Yoo Jung dan bantu dia. Aww sweet. Makin dia siasat kes langgar lari tu makin dia tahu bahawa Kang Yoo Jung ni tak bersalah pun. Diorang pun bekerjasama nak jatuhkan Ahn Do Hoon.

Dah pegang-pegang tangan dahhh :P

Aippp jangan kiss sini!! Haha


Selamat menonton!!
















Friday, 8 May 2015

Hantu atau Buaya

Assalamualaikum


Sakit hatiku memikirkan kamu
Sakit mataku melihat wajahmu

Di mana sayangmu di mana kasihmu
Bilaku pilu engkau jauh engkau jauh
Di mana dirimu di mana waktuku
Bilaku perlu engkau jauh

Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja

Andainya aku kau ingin semula
Maafkan aku ku tak mahu ku tak rela

Di mana sayangmu di mana kasihmu
Bilaku pilu engkau jauh engkau jauh
Di mana dirimu dimana waktuku
Bilaku perlu engkau jauh

Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja

Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja

Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja