Monday, 29 September 2014

Sakit gigi :-(

Assalamualaikum

Faham takk perasaan orang yang sakit gigi?? Kau rasa nak duk diaaamm je tak buat pape, pastu perasaan tak tentu arah, rasa nak marah orang tanpa sebab, nak buat kerja pun serba tak kena. Mula-mula tu i'm try to act cool but it only last for 0.001 sec! Huaa memang tak boleh tahan rasa nak nangisss je and my last option is

 "Kak Zueee, zaa sakit gigiii ;-("

 "Hah? Sakit sangat ke? Meh Kak Zue belikan ubat tahan sakit kat kedai sebelah"

 Ok terima kasih banyak kat Kak Zue tapi ubat tu tak beri kesan pun, tetap sakit gakk huhu and the whole day hari ni aku rasa aku takde mood.



Sebenarnya aku dah pernah operate hari tu untuk cabut gigi bongsu yang baru tumbuh di hujung bahagian bawah sebelah kiri.


                                          

Sebab apa cabut gigi pun sampai kena operate? Sebab gigi aku yang hujung tu dia tumbuh belok macam kat dalam gambar ni and bila dah jadi camni gusi pun jadi bengkak la kan. Sakit tu hanya Tuhan je yg tahu. Lepas operate tu memang kebas je tak rase pape pun tapi bila balik rumah dah habis je ubat bius tu memang kaw-kaw la aku nangis citenye. Sakit wehhh huhu. 

Makan pun kena makan makanan lembut-lembut je, tapi aku bedal je makan haha tapi seksa laa kena kunyah slow-slow  sebab benang bekas dia jahit balik gusi tu pun tak buang lagi kan


                                 

Haa macam ni lahh keadaan gigi tu sebenarnya. Gigi bongsu yang baru nak tumbuh di hujung gusi bawah. Gigi bongsu merupakan gigi terakhir yang tumbuh, biasanya semasa seseorang berumur antara 18 hingga 30 tahun. Gigi bongsu akan mengasak gigi geraham yang berada di depan dan situasi ini menyebabkan rasa sakit pada gigi dan gusi membengkak.


Aku operate ni masa awal tahun ni rasanya, ke akhir tahun lepas ek? Lupaa dahhh. Pape pon, esok nak p klinik mintak ubat!! Cheqq tak tahannnnn huhu. Rasanya aku nampak gigi yg baru nak tumbuh bahagian bawah sebelah kanan ni tumbuh normal and straight je, so Alhamdulillah tak payah la aku mengorbankan gigi aku lagi untuk dicabut yerrr, aamiin! Doakan kesejahteraan dan kesihatan saiaaa.






Sunday, 28 September 2014

Research Proposal..done!

Assalamualaikum

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..i'm done with my research proposal! Yehuuu :DD



Haha sukeee ko yee, ni pun dah terlepas due date sebenarnye, due date nak kena hantaq research proposal 21/9/2014 tapi aku busy sikit time tu so tak sempat nak siapkan. Nasib baikk dapat advisor yg sangat2 memahami. Dua2 advisor sportinggg sangat. Thank youu very much ustaz's! Hehee

Sekarang ni rasa legaaa sikit dah lepas satu kerja, research proposal ni includes chapter 1,2 & 3. Full report sampai chapter 5. Sooo, maknanya tinggal lagi 2 chapter la nak kena disiapkann. Fuhh fuhh buat masa sekarang ni rileks2 laa duluu. Penat buat research proposal ponnn tak habis lagi nihh haha

Hermm semoga proposal aku diterima oleh advisor2 laa harapnya dan semua urusan dipermudahkann olehNya in shaa Allah. Jangan lupa doakan saiaa! Hehee. Aamiin.


Saturday, 27 September 2014

Solat Tiang Agama

Assalamualaikum

Pagi ni bangun lepas habis kemas rumah semua, terbaca kawan aku ada post satu video tentang solat kat Facebook. Aku tak tahu la kenapa tapi aku rasa sangat tersentuh tengok video tu, sebak, rasa nak nangis semua ada. Yelahh, kita sebagai hamba Allah, kadang-kadang terlupa tanggungjawab kita terhadap Allah. Kadang-kadang sembahyang pun dah nak habis waktu, kadang-kadang terleka buat kerja sampai tak ingat belum solat lagi, kadang-kadang tu dah dengar azan tapi tak terus sembahyang. Sayangnya Allah kat kita sebab walaupun kita macam tu, still mencurah-curah nikmat yg Allah bagi kat kita. Nikmat kesihatan tubuh badan, nikmat harta dan macam-macam lagi nikmat kalau kira pun tak terhitung. Ya Allah, ampunilah aku yg banyak berdosa terhadapMu :(


Ni video yg aku tengok tadi and I would like to share to all of youu. Ustaz Azhar kalau bagi ceramah memang menusuk betul, tapi aku suka! Hehe semua yg dia cakap pun adalah untuk kebaikan kita semua kan..


Aku jadi sebak tengok video ni sebab ada orang-orang yg aku kenal masih belum jaga solat dia. Solat kalau rasa dia nak solat je. Benda paling first yang akan ditanya adalah SOLAT. Jadi, lagu-lagu mana pun sembahyang la sebelum kita disembahyangkan. Wallahu'alam.



"Repent and do good deeds before it's too late...Ya Allah, I'm your sinful slave...You are Most Forgiving One, You love to forgive, so forgive me..."

Thursday, 25 September 2014

Kepenatan

Assalamualaikum

Mungkin macam ni la kan perasaan orang yg balik kerja, badan mesti penat dan rasa nak rehat-rehat lepas tu tidur je terus. Macam ni laa perasaan aku sekarang ni, rasa penat sangat and rasa macam nak tidur je, tapi tengah update blog lagi apehalll hahaha :P Haipp! Jangan salah sangka, aku bukak laptop ni pun sebab nak buat research proposal laa, dapat buat sikittt pun kira okeyy laa ni, sebab rasa macam tak larat sangat dahh :-(



Haihh melepekk jee atas katil kepenatan...

Boleh agak tak berapa lama je mampu bertahan kalau buat kerja dalam keadaan macam ni? Hahahaha dibuai mimpi la nanti! Haha kalau nak diikutkan bukannya banyak sangat pun kerja kat office tadi, tapi banyak ke tak banyak, bila balik tu rasa macam letihhh sangat. Patutlah orang tu asyik tertidur je kan, letih kerja ek awakk, sorry ye sebab bad mood je sentiasa..walaupun kite tahu awak letih nak rehat, tapi kite tetap nk bad mood jugak. Hahaha bukan apa, kite rinduu jee hikhik ok abaikan :P

Hari ni tadi ada dua mesyuarat kat office, sebelah pagi mesyuarat tentang majlis korban untuk Hari Raya Haji nanti dan aku dengan Wani dah ditugaskan untuk jadi urusetia masa majlis tu nanti. Ok excited! Hihi. Lepas tu, sebelah petang pulak meeting pasal aktiviti sukan. Ehemm aku sukaaa bila ada meeting kat office, because the best part is makang free!! Tiga kali pulak tu, diulangi TIGA kali okeyyy, kau ada? Hahaha.

Sarapan, makan bihun goreng dengan air teh and coffee, and of course ada keropokkk, orang pior ganu ni tak sah kalau makang bihun goreng takde keropok, rasa macam ada something missing jerrr. Tapi sayangnya, masa aku nak makan tu, keropok dah habiss :-( Bak kata Kak Ida, tinggal serdakk jee, maknanya tinggal yg lebihan tu jelaa haha. Next, makan tengahari, nahhh nasi minyak pulakkk, serious sedap gilaa! Haha lepas tu petang tu makan pisang goreng, ubi dengan ada cempedak goreng sikit. Alhamdulillah, rezeki makanan banyak Allah bagi hari ni..=)

Nyum nyum! Teringat pulak nasi minyak tadi dapnyaaaaaaaa

Erkk! Waalaikummussalam..lupa la tadi cakap nak buat kerja kann hehehh heh hee

Buat kerja sikit lepas tu nak beradu sebab PENAT ^_^


Sekian sahaja bebelan untuk hari ini, tataaa!






Wednesday, 24 September 2014

Mandi sebelum Subuh boleh kurus?

Assalamualaikum

Kepada sesiapa yg nk kuruskan badan tu, jom kita amalkan mandi sebelum Subuh! Haha korang tahu tak elok sangat lahhh kalau kita mandi sebelum Subuh sekurang-kurangnya sebelum matahari naik. Kenapa eh? Sebabbb badan yang banyak lemak akan berkurang apabila air sejuk meresap ke dalam badan kita. Air sejuk ni akan menyempitkan saluran kapilari darah, membuatkan jantung mengepam lebih banyak darah dan oksigen ke seluruh tubuh dengan kadar yang cepat dan menyebabkan kontraksi otot. Kontraksi otot dapat membakar lemak yang terdapat dalam tubuh.


Lagi terbaik kalau rumah korang ada perigi, nahhh mandi air perigi terus. Best taw mandi air perigi, dulu kecik-kecik aku selalu mandi air perigi bila balik kampung. Siap berebut-rebut lagi dengan adik adik. Hahaha.



Okay, selain dari tu air sejuk juga akan menyebabkan kita menggigil disebabkan oleh tindakan refleks tubuh untuk mengekalkan suhu badan. Dengan menggigil lemak akan dibakar untuk menghasilkan tenaga dan haba. Dengan itu ia juga dapat mengurangi penimbunan lemak. Sebab tu lahh kalau kita tengok kebanyakan orang yang mandi awal pagi sebelum subuh badan tidak gemuk.


Ala comeynyeee hee.


Eh tak habis lagi, setiap pagi selepas bangun tidur, amalkan minum air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) satu gelas. Tak payah basuh muka dengan gosok gigi. Minum je terus dan minum jangan terus telan tapi kemam dulu air tu baru telan. Yang terbaik malam sebelum tidur anda simpan satu gelas dalam bilik kemudian tutup air tu takut lipas ke cicak masuk. In shaa Allah jauh dari penyakit dan susah sakit. Rasulullah s.a.w. pun mengamalkan minum air sejuk setiap pagi.


Then, masa sembahyang subuh disunatkan kita sujud bertafakur sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa. In shaa Allah boleh mengelakkan sakit pening atau migrain. Kajian para saintis telah membuktikan kenapa dalam sehari kita perlu sujud. Ianya terdapat ruang udara dalam saluran darah dikepala yang tidak dipenuhi darah, so dengan sujud dapat mengalirkan darah ke ruang berkenaan.

Rasulullah s.a.w. juga pernah menegah kita makan makanan bercampur dengan darat dan laut. Ianya takut cepat mendapat penyakit. Para saintis  mengkaji bahawa ayam mengandungi ion positif manakala ikan ion negatif. Jika makan ayam bercampur dengan ikan akan terjadi tindak balas biokimia yang boleh merosakkan usus. Contohnya yg lain..

  • Jangan makan SUSU bersama DAGING
  • Jangan makan DAGING bersama IKAN
  • Jangan makan IKAN bersama SUSU
  • Jangan makan AYAM bersama SUSU
  • Jangan makan IKAN bersama TELUR
  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
  • Jangan makan SUSU bersama CUKA
  • Jangan makan BUAH bersama SUSU. Contonya KOKTEL. Hermm tapi aku suka koktel huhuu.


Selain tu, Rasulullah s.a.w juga mengajar kita makan dengan tangan dan jilat jari bila habis makan. Enzim banyak terkandung dicelah jari iaitu 10 kali ganda dari terdapat dalam air liur. Haa yg ni aku amalkan sejak dari kecik lagi. Bukan pengotor ye, sunnah ni! 

Banyak lagi sebenarnya sunnah Rasulullah s.a.w. yg perlu kita amalkan. Dan pastinya semua tu membawa kebaikan kat diri kita. Cuma kita je kadang-kadang terlupa nak amalkan.





Credit to: petuakurusbadan =)



Tuesday, 23 September 2014

Short Story: A mother's LOVE

Assalamualaikum

I would like to share a story about a mother's love...

A little boy came up to his mother in the kitchen one evening while she was fixing supper, and handed her a piece of paper that he had been writing on. After his Mom dried her hands on an apron, she read it, and this is what it said:

For cutting the grass: $5.00 
For cleaning up my room this week: $1.00 
For going to the store for you: $.50 
Baby-sitting my kid brother while you went shopping: $.25 
Taking out the garbage: $1.00 
For getting a good report card: $5.00 
For cleaning up and raking the yard: $2.00 
Total owed: $14.75

Well, his mother looked at him standing there, and the boy could see the memories flashing through her mind. She picked up the pen, turned over the paper he'd written on, and this is what she wrote:

For the nine months I carried you while you were growing inside me:

No Charge 

For all the nights that I've sat up with you, doctored and prayed for you:
No Charge 

For all the trying times, and all the tears that you've caused through the years:
No Charge

For all the nights that were filled with dread, and for the worries I knew were ahead:
No Charge

For the toys, food, clothes, and even wiping your nose:
No Charge 

Son, when you add it up, the cost of my love is:
No Charge

When the boy finished reading what his mother had written, there were big tears in his eyes, and he looked straight at his mother and said, "Mom, I sure do love you." And then he took the pen and in great big letters he wrote: "PAID IN FULL".


Maa, I love you!!

Monday, 22 September 2014

Short Stories: Potatoes, eggs, and coffee beans

Assalamualaikum



Once upon a time a daughter complained to her father that her life was miserable and that she didn’t know how she was going to make it. She was tired of fighting and struggling all the time. It seemed just as one problem was solved, another one soon followed.

Her father, a chef, took her to the kitchen. He filled three pots with water and placed each on a high fire. Once the three pots began to boil, he placed potatoes in one pot, eggs in the second pot, and ground coffee beans in the third pot.

He then let them sit and boil, without saying a word to his daughter. The daughter, moaned and impatiently waited, wondering what he was doing.

After twenty minutes he turned off the burners. He took the potatoes out of the pot and placed them in a bowl. He pulled the eggs out and placed them in a bowl.

He then ladled the coffee out and placed it in a cup. Turning to her he asked. “Daughter, what do you see?”

“Potatoes, eggs, and coffee,” she hastily replied.

“Look closer,” he said, “and touch the potatoes.” She did and noted that they were soft. He then asked her to take an egg and break it. After pulling off the shell, she observed the hard-boiled egg. Finally, he asked her to sip the coffee. Its rich aroma brought a smile to her face.

“Father, what does this mean?” she asked.

He then explained that the potatoes, the eggs and coffee beans had each faced the same adversity– the boiling water.

However, each one reacted differently.

The potato went in strong, hard, and unrelenting, but in boiling water, it became soft and weak.

The egg was fragile, with the thin outer shell protecting its liquid interior until it was put in the boiling water. Then the inside of the egg became hard.

However, the ground coffee beans were unique. After they were exposed to the boiling water, they changed the water and created something new.

“Which are you,” he asked his daughter. “When adversity knocks on your door, how do you respond? Are you a potato, an egg, or a coffee bean? “

Moral:
In life, things happen around us, things happen to us, but the only thing that truly matters is what happens within us.

Which one are you?

Sunday, 21 September 2014

Rahsia bulan kelahiran June

Assalamualaikum

Haa kenapa bulan June? Hahaha mestilahh sebab aku lahir bulan June. So aku nak tahu lah apa rahsia bulan kelahiran June ni, kalau nak tahu ni adalah kajian yg telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah =)

Jomm check it out!


  • Berfikiran jauh & berwawasan. HAHA maybe kot
  • Mudah ditawan kerana sikap baik. Aww for your information aku memang baik. wekk :P
  • Berperangai lemah lembut. Ehemm wanita melayu terakhir okayy
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. Haa yg ni betul, senang sangat nak berubah mood. Kadang-kadang moody tak tentu pasal. Erghh
  • Idea yang terlalu banyak di kepala. Nasib tak meletup je kepala. Hahahaha
  • Bersikap sensitif. Sangat -.-
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). Memang selalu fikir, benda ngarut-ngarut pun ada. Huahua
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera. Hihiii mane tahuu niiii :P
  • Bersikap suka menangguh-nangguh. Errr procrastination is my bestfriend. But i will change from this bad habit.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. Hmm ye kot. Mestilah mahukan yg terbaik kannn
  • Cepat marah & cepat sejuk. This is absolutely YES!
  • Suka bercakap & berdebat. Hahahaha tak jugak sebenarnya, kalau orang yg aku tak kenal, aku jadi orang yg paling pendiam dalam dunia
  • Suka buat lawak & bergurau. Suka la jugak. Hidup mestilah ceria kan walaupun banyak masalah
  • Otaknya cerdas berangan-angan. 24/7 lepas tu menyesal sebab bazir masa -__-
  • Mudah berkawan & pandai berkawan. Kawan biar beribu kann, million trillion pun bolehhh carik kawan
  • Seorang yang sangat tertib. Terima kasih :P
  • Pandai mempamerkan sikap. Ye kot. Hahaha
  • Mudah kecil hati. Ni betul. Cepat betul terasa. Mende la teruk sangat perangaii
  • Mudah kena selsema. Yang ni aku rasa tak. Jarang sangat selesema
  • Suka berkemas. YES! Aku sangat suka kekemasan. Sape yg kenal aku tahula aku macam mana. Kalau boleh semua benda nak kemass je haha.
  • Cepat rasa bosan. Betul betul betul!
  • Sikap terlalu memilih & cerewet. Tengok atas keadaan la, kalau dah terdesak takdela cerewet sangat punn
  • Kurang mempamerkan perasaan. Hmmm tak tahula. Ye kot
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. Haha sampai bila-bila akan ingat
  • Suka pada barang yang berjenama. Eh yeke? Hahahahaha Kerlasss kau jahh
  • Mudah menjadi eksekutif. Amiinn ;-)
  • Kedegilan yang tidak terkawal. Yee memang aku degil -_-
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan. Ea? I don't think so..aku suka je kalau orang puji. Hahahahahahaha 

Sape lagi kat sini yg lahir bulan June? Kita GENG!! ^_^

Saturday, 20 September 2014

Lovely Romantic Story

Assalamualaikum

There is a lovely romantic story...

A man proposed to a woman

Muslimah : Me? If I do not know how to sew or cook, or iron, how am I going to marry you?
Muslim     : Do you know how to pray? Do you worship Allah S.W.T. without associating with                                               anyone? Do you give zakat? Are you afraid of Allah?
Muslimah : Yes, I pray everyday. I love Allah and no one else. I give charity whenever I can and the                                     one I fear is Allah S.W.T.
Muslim     : *smiling =)* That is enough for me. I want you to be the half of my deen, not my maid.  

^__^

-gambar hiasan-

Friday, 19 September 2014

Jalan-jalan dengan Family

Assalamualaikum

Yeayyy family time! Hee benda paling aku sukaa sekali mestilah dapat spent time dengan family. Walaupun sekejap je dapat jalan-jalan tadi tapi tetapp bestttt. :D

Hari minggu hari cuti macam ni lahh dapat keluar jalan-jalan macam ni pun, kalau tak masing-masing sibuk. memangla minggu ni minggu cuti sekolah, tapi aku ni tak cuti, Jumaat Sabtu baru lah cuti, so hari ni hari Jumaat ke mana lagi destinasi kami, mestilahh pergi pantai!

Ni gambar last week rasanya. Sajee nak tunjuk laut kat belakangg :P


Hahaha rumah dekat pantai lah katakannn. Tiap-tiap minggu pun nak pergi pantai. Sampai kawan aku pernah cakap, "dok bosan ke mu ni gi pata sokmo?" Haha dokkk okayyy. Aku pun tak tahu la nape aku suka sangat pergi pantai. Ntahh..best jela kot. Dating pun nak pegi pantai gak. Oppsss! HAHA.

Nampak tak sekelompok kecik kat tengah tu? Hahahahaha kitorang lah tu tengah makang kepok lekor dengan air tea o peng. Hikhik

Peaceee! My little sister is sooo cutee! Hehe

Salah satu sebab lagi aku suka pergi pantai ialah aku rasa tenang bila tengok laut, Kadang-kadang pergi waktu pagi, tengok matahari terbit, kalau pergi petang dapat tengok matahari terbenam. SubhanAllah cantikkk sangat! Boleh buat aku terfikir dan memuji tentang kekuasaan dan kebesaran Allah..=)

Nahhh tuan blog pun nak selfiee jugak! Okay baii :P haha.

I'm so happy todayyy. Hehe okay nak remind, just remember one thing, you have to make time for your family no matter what happens in your life. 

Because...FAMILY is not always blood, it's the people of your life who want you in theirs, the ones who accept you for who you are. The ones who would do anything to see you smile and who love you no matter what. ^_^






Thursday, 18 September 2014

Tutorial Satu Post, Satu Page

Assalamualaikum

Hai semoga sihat sejahtera semuanyaaa. Okay hari ni nak ajar korang buat "Satu Post, Satu Page". Macam mana tu? Cuba korang tengok kat blog aku sekarang ni, ada berapa post dalam satu page? SATU je kann. Hehe tu sebab nak bagi nampak kemas sikit and tak serabut sangat. Lagipun, ni adalah salah satu cara untuk meringankan blog jugak ye teman-teman sekalian..

Alright, senang je cara dia

1) Log in > Dashboard > klik Settings macam kat bawah ni:

2) Lepas tu, keluar macam kat bawah ni kan? Korang klik Posts and Comments



3) Then, tukarkan kepada 1. Macam ni:


4) Dah? Boleh la Save Settings kat hujung belah kanan tu ye. Yeay siap! Senang je kan hihi. 



Wednesday, 17 September 2014

Balik kampung

Assalamualaikum

Al-kisahnya petang tadi ma ajak aku dengan adik2 balik kampung. Heee of course la aku dengan adik2 aku happy. Gila tak happy nak balik kampung haha. Aku cukup sukaaa suasana kampung, tenangggg je. Hee tak macam kat rumah aku ni asyik vroom vroom bunyi kenderaan lalu. Dah rumah dekat tepi jalan terpaksa la dengar. Dah memang terbiasa dah punnn. Hermmm




Haa bertuahnya aku sebab kampung dekat je, area Terengganu ni jugakkk hehe. Lebih kurang 20-30 minit je dah sampai. Bila balik kampung je mesti teringat kat arwah Tok. Huhu :(


Ni pemandangan kampung aku dari atas Bukit Besar. Yang sekelompok banyak rumah2 tu la kawasan kampung aku. Lawa pulak bila tengok dari atas ni haa >.<

Sampai2 je kat kampung tadi, singgah kat rumah mok ngoh, eh tengok2 budak Saera anak Kakcu ada kat situ baru bangun tido. Alahai comelnyeeeee. Terus ajak dia jalan2 pusing kampung hahaha. 

Ni masa tengah suap dia makan aiskrim.

Semua makanan yang orang lain makan pun dia nak, nak, nakkk. Haihh laa Saera, nasib baik comel! 

Sebelum Maghrib tu kitorang balik rumah, masa on the way atas jambatan Sultan Mahmud hujan lebat gila, dengan anginnya kuat. Ya Allah..kesian tengok orang yg naik motor kena tolak dengan angin huhu. Tapi takpe, kita diberi hujan ni pun kerna kurniaan Allah dan rahmat-Nya. Alhamdulillah dapat sampai rumah dengan selamat.

"Ya Allah..jadikanlah hujan ini hujan yg membawa manfaat. Amiin "

Happy dapat buat ma dengan adik2 happy hee. Okay la, nk melayan adik aku yg gedikk sorang ni. Mentang2 la esok dia tak sekolah lagi kannn. Aku jugak yg kena keja. Huaaa. Reseach proposal pun tak siap lagi,double huaaaa :( tataa!





Tuesday, 16 September 2014

Pertama

Assalamualaikum.

Have a great day to my sweet and kind readersss. Tu pun kalau ada la yg baca HAHA -.-. Yes, this is my first post. Tujuan buat blog? Saje je ni sebenarnya, tengah bosan buat research proposal, so aku pun melencong ke arah yg tak sepatutnya dan akibat dari perbuatan tersebut tak siap lagi la sudahnya proposal aku tu. Haha padan la muka aku. Hermm rileks la nama pun student kann, buat kerja last minute tu biasa laa..(saje nak sedapkan hati) huahua. Takpe, ada banyak hari lagi nak siapkan. All is well, all is well. So, tu jelaaa..intro in first post tak perlu la kot nak panjang-panjang. Haha tataa!




SubhanAllah, indahnya pemandangan. Dulu kat Merbok pun ada macam ni. Kitorang dah fefeeling duk Korea dahh haha. Tapi aku tak sempat pun nak ambik gambar sobbss.




Semua cantikk. Hee aku suka bunga!